SEORANG lelaki tidak menyangka panggilan telefon daripada bapanya setiap malam sejak dua bulan lalu mempunyai sebab yang menyentuh hati.Menurut perkongsian sahabat lelaki tersebut, rakannya itu pada awalnya menjawab dengan baik setiap kali bapanya bertanya soalan sama berulang kali tentang sama ada dia akan pulang atau tidak. Namun, lama-kelamaan dia mula berasa rimas dan sengaja tidak menjawab panggilan bapanya pada suatu malam."Satu malam tu dia sengaja tak angkat. Esok pagi, adik dia hantar gambar buku nota yang ayah diorang sorok bawah bantal.Ibu bapa dan anak perlu saling menghargai antara satu sama lain. -Gambar hiasan AI"Bila dia zoom muka surat pertama, terus menitis air mata dia," kongsi rakan lelaki berkenaan.Jelasnya, pada saat itu baru rakannya sedar bapanya menghidap dementia dan mula kehilangan ingatan secara berperingkat."Tapi ayah dia tak nak beritahu sebab tahu yang anak dia sibuk kerja. Jadi setiap kali dia masih ingat sesuatu, dia akan tulis dalam buku tu.ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat telefon aku harta PIBG?” - Kesabaran cikgu di kemuncak, ibu pelajar ‘call’ paksa nak cakap dengan anak waktu tengah mengajar!ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua tunjuk perangai keji! Suruh anak lelaki ‘cuci mata’ tengok perempuan cantik, tak hormat perasaan menantu"Nama anak-anak. Nombor telefon. Siapa duduk kat mana. Makanan kegemaran masing-masing. Tapi gambar muka surat yang adik dia kongsi tu khas fasal dia sahaja," katanya. Antara catatan mengenai rakannya itu berkaitan pekerjaan dan tempat tinggal selain berkaitan sifatnya."Kalau dia tak angkat telefon, dia tengah kerja. Jangan telefon banyak kali. Nanti dia penat.“Kalau balik, jangan lupa peluk dia. Dia jarang balik, tapi dia anak yang baik,” antara yang ditulis bapanya.Lelaki tersentuh membaca catatan ayahnya yang menghidap dementia.Ayahnya mencatat semua perkara tentang anak sebelum ingatannya hilang.Catatan ayah membuatkan lelaki itu terus pulang ke kampung.Dia mula lebih sabar melayan bapanya yang sering mengulangi soalan sama.Kisah anak dan ayah penghidap dementia mengundang sebak warganet.Ringkasan ini dijana oleh AITersentuh dengan catatan itu, rakannya mendapati terdapat tujuh panggilan tidak dijawab sebelum mengambil cuti kecemasan dan pulang ke kampung.Sejak itu, dia mula pulang setiap Jumaat dan menghubungi bapanya setiap malam.Dia juga menampal gambar ahli keluarga dalam buku nota berkenaan, lengkap dengan nama yang ditulis dengan huruf besar.Walaupun bapanya mengulangi soalan sama berkali-kali, dia tidak lagi berasa marah dan akan menjawab setiap pertanyaan.