suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengang baca mesej tergantung di WhatsApp, wanita ‘naik hantu’ cekik suami disangka curang - “Siapa suruh jawab tak tahu!”

Pergaduhan fizikal bukan perkara yang baik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

PERTENGKARAN dan salah dalam rumah tangga sememangnya perkara biasa dan bergantung kepada pasangan tersebut bagaimana cara menyelesaikan masalah.

Namun bagi wanita ini, salah faham dengan suami bukan sekadar berperang mulut tetapi turut melibatkan pergaduhan fizikal.

Menerusi kejadian terbaru, wanita itu memberitahu pergaduhan timbul selepas dia ternampak satu mesej masuk di telefon suaminya daripada nombor yang tidak disimpan.

Apa lebih menimbulkan rasa sangsi, mesej yang dihantar seolah-olah ada perbualan lain di antara mereka sebelum ini.

"Bila saya buka WhatsApp, cara mesej itu bukan kali pertama mereka berhubung. Macam ada mesej sebelum ini yang telah dipadam.

Bergurau senda dalam perkahwinan dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. -Gambar hiasan AI

Bergurau senda dalam perkahwinan dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. -Gambar hiasan AI

"Bila saya tanya, dia boleh cakap tak tahu. Saya terus tinggi suara," kongsi wanita tersebut.

Jelas wanita itu, menjadi kepantangan suaminya apabila ditengking dan akan terus memberi reaksi di luar kawalan.

Katanya, disebabkan dia meninggikan suara, lelaki itu terus menunjal kepalanya dan menyebabkan dia membalas sehingga berlaku pergaduhan fizikal di antara mereka.

"Dia terus tunjal kepala saya. Saya pula pantang kalau kena tunjal, jadi memang kami bergaduh macam anjing dan kucing.

ARTIKEL BERKAITAN: Titik terendah seorang isteri, malu ditengking suami depan jururawat - “Mengandung pun serabut, menyusahkan!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dengar boleh jadi baran!” – Bunyi kasut anak ‘cit cit’ di klinik kesihatan buat ramai panas, jururawat pun stres!

"Kami gaduh tak pakai mulut, memang kaki tangan semua naik. Sampai satu tahap saya dapat cekik dia dan suruh dia jawab," katanya.

Menurutnya, suaminya kemudian menjawab dengan suara bergetar, namun dia menyedari lelaki itu sebenarnya sukar bernafas ketika itu.

Katanya, suaminya kemudian keluar dari rumah dan tidak pulang sehingga petang.

Namun, wanita itu akhirnya mendapati nombor berkenaan sebenarnya milik pelanggan suaminya yang mahu membeli kereta.

  • Salah faham mesej pelanggan menyebabkan pasangan suami isteri bergaduh hingga berlaku kekasaran fizikal.
  • Wanita itu menyangka suaminya menyembunyikan sesuatu selepas melihat mesej daripada nombor tidak dikenali.
  • Pergaduhan tercetus selepas suaminya beberapa kali menjawab “tak tahu” ketika ditanya.
  • Rupanya nombor tersebut milik pelanggan yang mahu membeli kereta daripada suaminya.
  • Netizen menegur pasangan itu kerana menyelesaikan konflik dengan cara fizikal.

“Rupanya dia kata pelanggan nak beli kereta. Memang perbualan itu nampak tergantung sebab selebihnya ada di TikTok.

“Saya pun ada TikTok dan memang betul nombor itu pelanggan suami saya.

"Tapi salah dia juga sebab bila saya tanya lebih tiga kali, dia jawab tak tahu.

“Boleh saja fikir dulu sebelum jawab. Pada awalnya pun saya bukan menekan,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap kejadian itu berpunca daripada salah faham dan tindakan secara fizikal ketika bergaduh tidak sepatutnya berlaku. 

Artikel Lain