Suami perlu lebih prihatin tentang keadaan isteri yang sedang menanti masa untuk bersalin. -Gambar hiasan AI
PEMERIKSAAN kesihatan secara berkala amat penting bagi setiap wanita hamil.Langkah ini bukan sahaja untuk memantau kesihatan si ibu, malah bagi memastikan kandungan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Namun, lain pula ceritanya dengan situasi yang disaksikan oleh seorang wanita ini ketika berada di sebuah klinik kesihatan, sehingga detik itu benar-benar mengundang rasa sebak di dadanya.Menurut wanita itu, dia terdengar perbualan antara seorang jururawat dan ibu hamil sebelum suaminya tiba-tiba meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan nada yang agak kasar.Suami sepatutnya lebih memahami keadaan isteri yang sarat mengandung. -Gambar hiasan AI"Sedihnya jadi perempuan, ada seorang ibu ni kandungan dia dah 36 minggu. Ada anak lagi tiga orang. Semua berderet ikut pergi buat checkup."Masa dalam bilik pemeriksaan, jururawat ada terangkan kenapa checkup perlu dibuat sekali seminggu," kongsinya di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: “Dengar boleh jadi baran!” – Bunyi kasut anak ‘cit cit’ di klinik kesihatan buat ramai panas, jururawat pun stres!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram disindir jururawat sebab hamil rapat, konon nasihat tapi jatuhkan maruah - “Macam kita mengandung anak luar nikah”Bagaimanapun, si suami wanita itu yang tiba-tiba muncul dari arah belakang dengan selamba mempersoalkan keperluan pemeriksaan mingguan tersebut di hadapan kakitangan klinik."Si suami pun tiba-tiba datang dari belakang dan tanya... kenapa tak dibuat dua minggu sekali? Mengandung pun serabut. Menyusahkan je."Tersentap hati aku dengar seorang suami cakap macam tu dekat isteri yang sedang sarat," katanya.Wanita sebak terdengar suami merungut ketika isteri hamil menjalani pemeriksaan.Suami mempersoalkan keperluan pemeriksaan mingguan isterinya.Ibu hamil 36 minggu hadir ke klinik bersama tiga anak.Ramai netizen bersimpati terhadap ibu hamil itu.Sikap suami mengundang kecaman warga maya.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang bersimpati dengan ibu berkenaan dan meluahkan rasa geram dengan sikap suami sedemikian."Suami dia memang tak berhati perut. Sepatutnya dia risau dan cakna apabila kerap kena datang klinik... takut ada sesuatu yang tidak kena."Semoga dijauhkan daripada dapat lelaki macam ni. Lagi kesian apabila mengandung anak sendiri dianggap menyusahkan," komen warga maya.