suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu mahu majlis besar untuk cucu tapi langsung tak sponsor, merajuk anak nak buat akikah rumah mentua

Setiap anak tidak dapat mengelakkan situasi berbeza pandangan dengan orang tua namun ia perlu ditangani dengan baik. -Gambar hiasan AI (kiri)

SETIAP ibu bapa pastinya mahu memberikan yang terbaik buat cahaya mata mereka termasuk dalam meraikan detik istimewa seperti majlis akikah.

Namun dalam sesetengah keadaan, perkara yang sepatutnya menjadi momen bahagia boleh bertukar dilema apabila melibatkan perbezaan kehendak antara ahli keluarga.

Begitulah situasi dikongsikan seorang wanita yang buntu apabila ibu dan mentuanya mempunyai cadangan berbeza mengenai majlis akikah anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kenal erti halal haram! Lelaki rambut panjang ceroboh majlis akikah, pura-pura buat ‘content’ video sebelum makan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih majlis akikah ‘sendu’, kehadiran tak sampai separuh... Jemputan bagi alasan malu sebab ‘freehair’, tiada baju putih

"Mak dengan mentua aku sekarang macam berebut akikah anak aku. Mentua offer nak sponsor sebab dekat Kelantan biasanya simple je. Bagi aku memang okay sebab ikut kemampuan kami sekarang. 

"Tapi mak aku nak buat dekat Sabah, ikut style Bugis. Jemput ramai orang, lauk macam kenduri kahwin, ada buah tangan bagai, basically macam buat majlis besar. Jangkaan kos dalam RM7,000 hingga RM10,000," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Menurut wanita itu, dia sejujurnya kurang bersetuju dengan cadangan ibunya kerana berpandangan tidak mahu membazir dan dalam masa sama mempunyai kekangan kewangan. 

Ibadah akikah bukan sekadar tuntutan sunat muakkad, malah menjadi ruang untuk berkongsi rezeki bersama saudara-mara serta masyarakat setempat. -Gambar hiasan AI

"Masalahnya, aku memang tak ada bajet macam tu. Kalau ada pun, sejujurnya aku tak rasa akikah perlu spend sebanyak tu," kongsinya.

Tambahnya, perkara yang membuatkan dia lebih tertekan apabila ibunya tidak mahu membantu dari segi kewangan, namun tetap berharap majlis itu dilakukan mengikut perancangannya.

"Sekarang dia macam merajuk sebab aku nak buat akikah dekat rumah mentua. Bagi silent treatment dan jujurnya benda tu buat aku rasa bersalah," luahnya lagi.

  • Seorang wanita dilema apabila ibu dan mentuanya mempunyai cadangan berbeza untuk majlis akikah anaknya.
  • Mentuanya menawarkan diri menaja majlis secara sederhana mengikut kemampuan keluarga.
  • Ibunya pula mahu mengadakan majlis besar dengan kos dianggarkan RM7,000 hingga RM10,000.
  • Wanita itu mengakui tidak mampu menanggung kos besar dan tidak mahu berbelanja secara berlebihan.
  • Netizen menasihatkan supaya majlis dibuat ikut kemampuan kewangan bersama suami.

Perkongsian itu mengundang pelbagai pandangan daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya menasihatkan agar dia dan suami membuat keputusan berdasarkan kemampuan sendiri bukan memuaskan kehendak orang lain.

"Buat je dengan mentua. Bukan semua kata orang tua kena turutkan. Kena tengok logik akal juga.Ibu

"Tolak dua-dua mak dengan cara baik. Beritahu bajet pun rendah je," komen segelintir netizen. 

Artikel Lain