suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dulu rajin ‘wish’ dan beri hadiah, kini tidak lagi! Wanita enggan ‘beria’ selepas anak sendiri tak dihargai - “Kau seen je story aku”

Memberi hadiah atau ucapan sempena hari jadi seseorang adalah salah satu bentuk penghargaan dan tanda ingatan. -Gambar hiasan AI

BAGI sesetengah individu, ucapan ringkas sempena hari jadi atau meraih pencapaian tertentu mungkin dianggap sebagai perkara remeh atau tidak terlalu penting.

Namun bagi sesetengah yang lain, perkara kecil sebegitu cukup bermakna kerana ia menunjukkan tanda ingatan, keprihatinan dan penghargaan daripada insan terdekat.

Di Threads, seorang wanita meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa individu dikenalinya tidak pernah mengucapkan selamat hari jadi kepada anaknya, sedangkan dia sentiasa mengingati tarikh istimewa anak individu berkenaan setiap tahun.

“Yang tak wish birthday anak aku, aku takkan wish dah birthday anak kau. Kau tengok je story-story aku. I am that petty (Saya memang berkira).

Golongan kanak-kanak paling gembira apabila hari jadinya diraikan keluarga. -Gambar hiasan AI

“Selama ini setiap tahun aku wish, hantar hadiah bagai. Masa anak aku, tak ada,” tulisnya.

Menurut wanita itu, dia sentiasa mengambil berat mengenai anak individu tersebut termasuk bertanya khabar dan memberikan ucapan hari lahir setiap tahun.

Namun, katanya, perkara sama tidak berlaku apabila tiba hari jadi anaknya sedangkan dia membuat perkongsian momen-momen hari istimewa itu di laman sosial.

“Bukannya kita menunggu apa-apa balasan hadiah. Tapi sebab setiap tahun wish, tanya khabar anak dia. Tapi masa anak kita, seen (lihat) story je.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu tarikh, wanita merentan keluarga mentua tak pernah ucap ‘birthday’ - “Saya balas balik apa mereka buat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Giliran saya dia buat bodoh saja” - Wanita ‘frust menonggeng’ sahabat baik tak ucap selamat hari lahir, hadiah jauh sekali

“Bukan tak ikhlas ya, anak dia dah enam tahun kita sentiasa wish, tanya semua. Tapi anak kita baru tiga tahun, tak pernah wish,” katanya.

Walaupun tidak mendedahkan identiti individu berkenaan, wanita itu dipercayai kecewa kerana perkara tersebut melibatkan seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengannya.

“Sesiapa bitter tu mungkin awak golongan begini juga. Time takde duit... cari. Time senang... lupa,” akhirinya. 

  • Seorang wanita luah rasa terkilan selepas mendakwa individu dikenalinya tidak pernah ucap selamat hari jadi kepada anaknya.
  • Dakwanya, selama ini dia sentiasa memberi ucapan dan hadiah apabila tiba hari jadi anak individu berkenaan. 
  • Wanita itu menegaskan kekecewaannya bukan kerana hadiah, tetapi kerana tiada tanda ingatan terhadap anaknya.
  • Disebabkan itu, dia sudah serik untuk memberi ucapan atau hadiah kepada anak individu berkenaan.
  • Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi, dengan sebahagian netizen memahami perasaan wanita berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memahami perasaan wanita tersebut, malah ada berkongsi pengalaman hampir sama apabila usaha dan perhatian diberikan tidak dihargai.

“Anak baru kena... update status, family suami semua view saja ya. Ucapan apa pun tak ada.

“Saya pula dengan rakan pejabat. Birthday dia, kita wish dan bagi hadiah, raya bagi duit raya dekat anak-anak dia. Tapi dia? Tak ada!” demikian antara komen segelintir netizen. 

Namun, ada juga yang berpendapat setiap individu mempunyai cara berbeza dalam menunjukkan keprihatinan dan perhatian terutama terhadap perkara kecil seperti ucapan hari jadi.

Artikel Lain