Bercuti selepas menghabiskan tempoh berpantang merupakan salah satu cara untuk menenangkan minda. -Gambar hiasan AI
SEPANJANG tempoh berpantang ramai wanita berdepan pelbagai cabaran termasuk perubahan emosi, keletihan, proses pemulihan tubuh badan serta menyesuaikan diri dengan rutin baharu sebagai seorang ibu.Selepas melalui fasa penuh cabaran itu, ada ibu bapa yang memilih untuk mengambil sedikit masa untuk diri sendiri sebagai 'ganjaran' selepas melalui tempoh tersebut. Di Threads, satu perkongsian oleh seorang individu mengundang perdebatan ramai selepas dia mempertikaikan tindakan segelintir pasangan yang bercuti tanpa membawa bayi sejurus tamat tempoh berpantang.ARTIKEL BERKAITAN: Tak percaya staf cuti sebab bersalin, majikan paksa hantar selfie dengan bayi! Siap nak tengok gambar fail doktor pengesahan masuk wadARTIKEL BERKAITAN: Bos busuk hati staf cuti bersalin, arah pergi kursus lepas habis pantang... Tak layan pekerja lain sukarela mahu gantiMenerusi hantarannya itu, wanita tersebut berkongsi cerita didengarnya daripada ibunya mengenai anak jiran mereka yang baru selesai menjalani tempoh berpantang selama 46 hari."Mak aku cerita, anak jiran dia baru lepas berpantang dalam 46 hari. Dia plan dengan husband dia nak pergi bercuti dua hari satu malam tidur hotel. Baby tu bagi mak dia jaga," tulisnya.Menurut wanita tersebut, dia berpandangan tindakan sedemikian agak mengejutkan kerana si bayi pasti memerlukan perhatian rapi daripada ibu bapanya.Wanita berpantang perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental. -Gambar hiasanMalah, dia tertanya-tanya bagaimana pasangan berkenaan boleh membuat perancangan untuk bercuti lebih-lebih lagi apabila mereka memilih untuk meninggalkan bayi bersama neneknya."Wehhh macam mana diorang boleh plan gitu? Adakah memang trend budak sekarang lepas geram habis pantang?" katanya.Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara tersebut.Namun rata-ratanya berpendapat tidak salah untuk pasangan mengambil sedikit masa untuk berehat selepas melalui fasa mencabar sepanjang tempoh berpantang, terutama jika bayi dijaga oleh ahli keluarga yang dipercayai.Seorang wanita mempersoalkan segelintir pasangan yang bercuti selepas habis pantang.Dia menceritakan anak jiran ibunya baru tamat pantang 46 hari dan ingin bercuti bersama suami.Bayi pasangan itu ditinggalkan bersama nenek untuk dijaga sepanjang mereka bercuti.Wanita itu terkejut dan mempersoalkan tindakan tersebut kerana bayi masih kecil.Netizen beri pelbagai reaksi, namun ramai anggap ibu bapa berhak berehat jika bayi dijaga dengan baik.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dua hari satu malam je pun, bukan 2 tahun. Nak sibuk kenapa? Biarlah husband dia bahagiakan wife dia tu. "Ingat mental health tak penting ke lepas dah melahirkan anak dan berpantang?"Selagi jiran tu tak serah baby dia dekat mak awak, awak diam je. Usah kepochi sangat," demikian komen segelintir netizen.Sementara itu, ada juga berpandangan keputusan untuk bercuti tanpa bayi perlu dibuat dengan mengambil kira keadaan ibu, keperluan si kecil serta kemampuan penjaga yang membantu menguruskan bayi.