suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satu kerusi tak cukup, penumpang rimas duduk sebelah wanita gemuk dalam tren - “Dia santai je terkangkang”

Setiap penumpang perlu saling menghormati antara satu sama lain. -Gambar hiasan AI

PENGGUNA pengangkutan awam perlu sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan menghormati penumpang lain bagi memastikan perjalanan yang selesa serta harmoni.

Namun menurut seorang wanita, dia sering berdepan situasi kurang menyenangkan setiap kali berhadapan dengan penumpang tren bertubuh gempal.

Dakwa wanita itu, kebanyakan wanita gemuk menggunakan ruang yang banyak, sekali gus menyusahkan penumpang lain seperti dirinya.

Individu berbadan gempal sering menjadi mangsa penghinaan fizikal. -Gambar hiasan AI

"Bukan nak body shaming, tapi aku perasan perempuan gemuk selalu guna lebih daripada satu kerusi dalam LRT. 

"Kerusi kosong sebelah dia tak boleh duduk sebab dia dah guna ruang tu separuh. Dia santai je duduk terkangkang sambil gelak dan berborak dengan kawan.

"Lepas tu kadang kalau duduk tepi mereka, kita pula kena kecilkan badan supaya tak terlanggar lengan. Tapi mereka tak hirau pula kalau kena lengan kita," tulisnya.

  • Seorang individu luah rasa tak puas hati terhadap golongan wanita berbadan gempal.
  • Dia mendakwa kebanyakan wanita gemuk pentingkan diri ketika guna pengangkutan awam.
  • Individu itu meluahkan rasa tidak selesa apabila berhimpit di sebelah orang gemuk dalam LRT.
  • Beberapa lagi netizn mendakwa mereka juga pernah berdepan situasi sama ketika menaiki tren.

Menurut wanita itu lagi, golongan bertubuh gempal sepatutnya lebih peka dengan keadaan sekeliling agar tidak menganggu keselesaan penumpang lain.

"Rasanya benda ini common sense. Saya dah gerak-gerakkan badan sebab tak selesa dan asyik kena siku dia. Tapi dia buat tak tahu dan enggan betulkan posisinya," dakwanya lagi.

Di ruangan komen, beberapa lagi individu mendakwa mereka juga pernah berdepan situasi sama ketika menggunakan pengangkutan awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid gempal suka pura-pura pengsan, kawan sekelas mengadu berat nak angkat.... Buat ‘drama’ setiap kali tak siap kerja sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak pandang fizikal, terima wanita gemuk sebagai buah hati... Kena tinggal selepas awek berjaya ‘glow up’

"100 peratus betul. Lelaki pun sama. Aku dah rasa pengalaman dengan orang gemuk dalam LRT. Menyusahkan, mereka macam pentingkan diri sendiri.

"Saya pernah kena beberapa kali. Dia selesa, kita pula berhimpit. Sedangkan sama-sama bayar tambang.

"Sebab tu penting gaya hidup sihat. Saya tak hina orang gemuk. Tapi jagalah berat badan supaya kita tak dianggap menyusahkan banyak pihak," tulis netizen.

Artikel Lain