SETIAP individu mempunyai cara tersendiri untuk berbuat kebaikan tanpa mengharapkan balasan namun tidak semua usaha murni itu diterima dengan baik oleh orang sekeliling.Perkara itu dikongsikan seorang wanita mengenai pengalaman ibunya yang menyediakan nasi lemak untuk diagihkan di sebuah masjid. Menurutnya, selepas solat Isyak, dia bersama ibunya terdengar perbualan sekumpulan jemaah wanita yang mempersoalkan juadah yang disediakan untuk jemaah. Ramai yang mengambil peluang mencari pahala dengan bersedekah. -Gambar hiasan AI"Semalam mak aku buat nasi lemak letak dekat masjid. Lepas solat Isyak, aku dengan mak dengar jemaah perempuan cakap siapa la buat makan nasi lemak malam-malam. "Orang tak makan la nasi lemak ni," kongsinya menerusi hantaran di media sosial.Wanita itu berkata, dia hanya mampu berpandangan dengan ibunya yang jelas terkesan dengan kata-kata daripada jemaah wanita bermulut lancang itu.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Infak’ tepi jalan, wanita tergamam dipaksa bayar RM20... Ustaz perjelas ada unsur ‘gharar’, tak sah jual beliARTIKEL BERKAITAN: Bayar yuran pusat jagaan hampir RM5,000 demi beri ibu kehidupan terbaik, wanita kerja 'oil and gas' stres saudara mara cop anak derhaka"Aku tengok mak aku, mak tengok aku sambil angkat kening. Tak baik betul makcik tu. Kesian mak aku penat dia buat nak bagi jemaah makan. "Aku rasa nak marah dengan kata-kata makcik tu tapi kena sabar," ujarnya lagi menceritakan situasi.Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata tampil mempertahankan usaha wanita berkenaan.Wanita sedih ibu dikritik selepas infak nasi lemak di masjid.Niat berkongsi rezeki bertukar pilu, ibu jadi bahan bualan jemaah.Ibu penat sediakan nasi lemak, wanita terkilan dengar komen jemaah.Kebaikan ibu dipersoal, netizen tampil beri sokongan.Wanita luah rasa kecewa selepas ibu dikritik kerana infak nasi lemak di masjid.Ringkasan ini dijana oleh AISelain itu, ramai turut menyifatkan nasi lemak sebagai pilihan yang sesuai kerana menjadi makanan kegemaran ramai, tanpa mengira waktu."Bagi jemaah lelaki sekejap je licin. Tak ada masa nak mengata-ngata orang. Makan nasi lemak waktu malam lagi syahdu, sedap ia berganda. Abaikan je mulut-mulut toksik. Mak awak dah dapat pahala lebih."Nasi lemak paling mudah sebab semua orang makan. Keluarga saya pun biasa tempah nasi lemak hantar ke masjid. Tak pernah lagi orang tempah ayam panggang dan salad," komen beberapa netizen.