HUBUNGAN yang dibina bertahun-tahun lamanya tidak semestinya bebas daripada ujian. Ada memilih untuk terus bertahan demi cinta, meskipun terpaksa memendam rasa dan berdepan sikap pasangan yang menggores hati. Begitulah luahan seorang wanita yang semakin penat apabila tunangnya didakwa sering 'menghilangkan diri' tanpa sebarang penjelasan, sehingga membuatkan dia tertanya-tanya tentang hala tuju hubungan mereka."Hari ketiga kena abai dengan tunang sendiri tanpa sebarang alasan. Aku tak tahu kenapa, dia selalu tiba-tiba hilang," tulisnya dalam hantaran di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Encik tunang anak mak, kuat mengadu kalahkan perempuan! Gadis ini makan hati asyik kena maki, netizen kata petanda ‘red flag’ARTIKEL BERKAITAN: Tunang tak serius kumpul duit kahwin, wanita akui cinta mula goyah... Hati makin terpaut dengan kematangan rakan sepejabatMenurut wanita itu, mereka sudah menjalin hubungan cinta selama kira-kira 10 tahun sebelum mengikat tali pertunangan setahun lalu.Bagaimanapun katanya, hubungan mereka masih berada dalam keadaan tidak menentu walaupun sudah lama bersama."Tak tahu lama mana aku boleh sabar lagi, tapi aku cintakan dia sangat-sangat."Banyak dah hint redflag, tapi tak tahu kenapa aku masih stuck dengannya, doakan dia balik dekat aku," luahnya.Setiap pasangan kekasih mengharapkan hubungan mereka berakhir hingga jinjang pelamin. -Gambar hiasanMenurutnya, antara perkara menyukarkan dia untuk membuat keputusan disebabkan hubungan kedua-dua keluarga yang sudah lama terjalin, selain harapan orang sekeliling yang mahu melihat mereka mendirikan rumah tangga."Susahnya nak move on sebab kedua-dua keluarga dah kenal. Orang sekeliling semua tak sabar tunggu kitorang kahwin sebab tahu kitorang bersama sejak sekolah menengah dan how good our relationship. "Tapi mereka tak tahu dalamannya macam mana. Aku tak pernah cakap buruk fasal dia dekat orang, jadi mereka anggap dia baik," ceritanya.Di ruangan komen, rata-rata warga maya menasihatkan wanita tersebut supaya menilai semula hubungan berkenaan dan tidak mengabaikan tanda-tanda redflag yang boleh menjejaskan kebahagiaannya pada masa depan.Seorang wanita meluahkan rasa penat kerana tunangnya sering menghilangkan diri tanpa sebarang penjelasan.Mereka sudah bercinta hampir 10 tahun dan bertunang sejak setahun lalu, namun hubungan masih tidak menentu.Wanita itu mengakui sedar terdapat banyak 'redflag', tetapi masih sukar melepaskan tunangnya kerana terlalu sayang.Dia sukar buat keputusan kerana kedua-dua keluarga sudah rapat dan ramai menantikan perkahwinan mereka.Netizen menasihatkannya supaya menilai semula hubungan itu dan tidak mengabaikan redflag sebelum berkahwin.Ringkasan ini dijana oleh AIAda juga berpendapat komunikasi yang sihat merupakan asas penting lebih-lebih lagi mereka bakal melangkah ke alam perkahwinan."Kalau dah tunang pun macam ni, confirm dah kahwin nanti selalu keluar rumah tanpa jejak, tak ada khabar."Dah tahu redflag dia, sumpah move on je lah dik. Sebab nanti lepas kahwin lagi banyak redflag akan keluar."10 tahun? Buat istikharah sis. Lama sangat dah tu, dengan redflag lagi," komen segelintir netizen.