suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu tunggal seronok dapat upah buat kuih RM350, cadang bayar hutang... Anak pula mengadu patahkan cermin mata kawan - “Mak budak tu minta ganti rugi”

Tugasan ibu tunggal membesarkan anak bukanlah satu hal mudah. -Gambar hiasan AI

KEGEMBIRAAN baru dirasai tidak bertahan lama apabila seorang ibu tunggal terpaksa berdepan ujian tidak dijangka, hanya beberapa jam selepas menerima bayaran hasil titik peluhnya.

Itulah luahan seorang wanita yang bersedih apabila upah membuat kuih diterima untuk melangsaikan tunggakan terpaksa digunakan bagi mengganti kerosakan cermin mata rakan anaknya.

"Bukan titik terendah, tapi ini titik tertinggi sebagai ibu tunggal buat saya. Baru je dapat upah buat kuih RM350 daripada customer dan saya sangat gembira sebab boleh bayar apa yang tertunggak.

Kebanyakan ibu tunggal memilih berniaga sebagai sumber pendapatan. -Gambar hiasan

"Tapi bahagia tu hanya singgah seketika saja. Anak balik sekolah beritahu dia terpatahkan kaca mata kawan dia dan mak budak tu minta ganti rugi. Terduduk saya bila tahu. 

"Dalam rasa sedih dan kecewa, terpaksa ganti juga. Saya tak marah, tak menangis. Hanya mampu diam dan fikir cara nak teruskan hidup. Ada anak ini ujian dan beban ke ye?" ceritanya.

Wanita itu turut mengakui keletihan ditanggung bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga emosi dan mental dalam menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa ibu sanggup susahkan anak sendiri! Hulur duit setiap bulan, bagi modal buka bisnes... Diam-diam buat loan RM15,000

ARTIKEL BERKAITAN: Jualan corndog ibu payah nak sold out bikin anak sebak, terus terfikir nak bantu - “Setahun mama berhenti niaga gara-gara orang dengki”

Tambahnya lagi, anaknya sudah memohon maaf dan mengakui kesilapan tersebut berlaku tanpa sengaja, namun dia sendiri tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu penat.

"Rasa betul-betul patahnya sebelah sayap bila sayalah ibu, sayalah ayah. Baru nak rasa duduk dengan lega, ada je benda nak berlaku. Anak saya minta maaf dan kata dia betul-betul tak sengaja.

"Saya tak mampu nak cakap apa-apa sebab penat sangat. Penat emosi, mental dan fizikal. Maaf la jika ada yang tak selesa baca luahan hati saya ni. Saya betul-betul perlukan ayat-ayat positif.

"Mungkin ada yang 'sekasut' (senasib keadaan) dengan saya. Kita boleh tipu orang lain dengan apa yang kita rasa dan lalui tapi bukan dekat diri sendiri," luahnya lagi.

  • Upah RM350 hampir habis untuk ganti cermin mata rakan anak.
  • Ibu tunggal akui penat menggalas tanggungjawab sendirian.
  • Hasrat bayar tunggakan terpaksa ditangguhkan demi ganti rugi.
  • Anak tersalah patahkan cermin mata rakan di sekolah.
  • Netizen tampil memberi kata-kata semangat kepada ibu tersebut.

Perkongsian itu turut disertakan dengan permohonan kata-kata semangat daripada orang ramai, memandangkan dia mengakui sukar untuk menipu perasaan sendiri walaupun cuba kuat di hadapan orang lain.

"Kalau takde RM350 tu lagi teruk sis.

"Puan… terima ya permintaan maaf dari anak. Dia pun mesti takut dan sedih tu. Insya-Allah ada rezeki lain yang menanti.

"Jangan sedih… sebenarnya Allah dah caturkan duit RM350 tu untuk ganti spek anak orang. Nanti Allah ganti lain, okay," komen sesetengah netizen.

Artikel Lain