Segelintir wanita memilih untuk hidup bujang kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab sebagai isteri. -Gambar hiasan AI
PERKAHWINAN sememangnya hadir dengan pelbagai tanggungjawab yang memerlukan persediaan dari segi fizikal, mental, emosi dan kewangan.Atas sebab itu, seorang wanita mengakui dia lebih selesa untuk terus hidup bujang kerana tidak sanggup berdepan pelbagai cabaran selepas bergelar isteri. "Aku rasa selfish gila bila fikir tentang kahwin. Aku tak boleh bayangkan macam mana sakitnya mengandung. Wanita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Aku juga tak boleh bayangkan buruknya perut selepas beranak. Nanti stres jaga anak, duit cukup ke tidak nak hidup berkeluarga?"Nak kena kawal emosi lagi bila kena jumpa keluarga belah suami. Aku rasa aku patut bujang sampai mati. Tak sanggup susahkan diri sendiri," ujarnya.Hantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads itu menerima hampir 10,000 tanda suka (likes) dan turut dihujani hampir 300 komen netizen.Wanita luah hasrat untuk hidup bujang sehingga ke hari tua.Dia tidak sanggup berdepan cabaran jika bergelar isteri.Dia juga bimbang perutnya bertukar hodoh selepas bersalin.Ramai wanita turut meluahkan pandangan sama di ruangan komen.Ringkasan ini dijana oleh AIJik dilihat di ruangan komen, wanita itu nampaknya tidak sendirian kerana ramai lagi kaum Hawa yang berkongsi pandangan serupa.Menurut kebanyakan wanita di ruangan komen, mereka juga enggan berkahwin kerana tidak bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri."Beginilah yang saya rasa. Tapi tak boleh nak ceritakan hal ini secara terbuka. Orang sekeliling tak suka.ARTIKEL BERKAITAN: “Berapa hari kena tidur?” - Detik akhir perbualan dua beranak jentik hati ramai, bapa pergi selamanya selepas 24 jam ditidurkanARTIKEL BERKAITAN: Anak seorang pun terabai, kakak gatal nak beranak lagi! Adik tak kasi muka, suruh belajar pikul tanggungjawab dulu"Awak tak selfish pun. Ini namanya sayang diri sendiri. Tak berbaloi kahwin zaman sekarang. Ramai yang kahwin pun menyesal."Paling takut nanti badan menggelebeh, lepas tu suami banding-bandingkan. Dulu cantik, lepas beranak dah tak cantik."Saya sendiri pun tak berniat nak kahwin. Masih sibuk cari duit dan melancong ke pelbagai negara," tulis beberapa wanita.