Setiap pasangan pastinya mengimpikan untuk memiliki anak dalam perkahwinan mereka bina. -Gambar hiasan AI
HASRAT menimang cahaya mata selepas sekian lama menunggu bertukar menjadi pengalaman sukar dilupakan apabila seorang wanita mendakwa ditipu individu yang dianggap seperti adik sendiri.Menerusi luahan di media sosial, wanita itu berkata rakannya sebelum ini berjanji mahu menyerahkan bayi bakal dilahirkan untuk dijadikan anak angkat kerana mengetahui dia sedang berusaha mendapatkan zuriat. Menurutnya, dia begitu teruja sehingga membeli pelbagai barangan bayi selain membantu rakannya yang sedang berdepan masalah rumah tangga.Pasangan TTC pastinya sensitif setiap kali disentuh isu melibatkan zuriat. -Gambar hiasan AI"Kawan yang saya anggap macam adik. Dia janji nak bagi anak dia sebab sebelum ni saya TTC (trying to conceive). Saya dah teruja beli barang bayi."Saya tolong kawan tu sikit-sikit sebab dia ada masalah rumah tangga dan famili. Sampai masa, dia kata dia dah bersalin," ceritanya dalam hantaran di Threads.Menurut wanita itu, dia pada mulanya teruja selepas mengetahui rakannya ini sudah bersalin namun mesej yang dihantar untuk memaklumkan dia sudah tiba di hospital tidak dibalas. Lebih mengecewakan, hasil semakan di hospital berkenaan mendapati nama rakannya langsung tidak tersenarai di wad bersalin.ARTIKEL BERKAITAN: “Kau gedik mengandung lagi!” - Wanita hamil anak keempat terkedu dituduh tamak rezeki zuriat, tak hormat perasaan kawan TTCARTIKEL BERKAITAN: Kongsi gambar kucing di status WhatsApp, wanita TTC disindir ‘belum mampu bela zuriat’... Sedih komen dibuat kawan sendiri"Saya pergi Melaka dari Kuantan lepas dia kata sudah bersalin. Saya mesej di WhatsApp beritahu dah sampai hospital Melaka tapi kawan tak balas dan terus senyap."Saya cari satu hospital, tak ada pun nama dia dalam wad bersalin. Kawan saya yang lain tolong WhatsApp suami dia kata dia dekat Segamat, Johor. Tak bersalin lagi."Apa ke bodoh manusia macam ni? Sampai sekarang dia diam dan hutang saya pun tak bayar. Tak baik kan," luahnya lagi yang kecewa dengan penipuan rakannya ini.Pejuang dua garis dakwa ditipu rakan sendiri.Janji serah bayi rupanya hanya rekaan.Hasrat miliki anak angkat berakhir kecewa.Ramai kongsi pengalaman dikhianati orang terdekat.Rakan didakwa lesap, hutang pula belum dibayar.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, malah ramai mengakui pernah berdepan pengalaman dikhianati individu yang rapat dengan mereka.Seorang netizen turut berkongsi pengalaman pahit apabila ahli keluarga sendiri membuat hutang menggunakan namanya tanpa pengetahuan."Darah daging saya buat hutang atas nama saya. Sekarang saya tanggung seorang diri dan dikejar pemiutang walhal saya tak tahu apa-apa."Saya tak putuskan silaturahim, tapi saya dah tak sanggup berdepan dengan dia dan keluarganya," tulis netizen itu.