suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas kahwin baru tahu... Suami terkejut isteri suka simpan bulu ketiak, lebat macam orang lelaki

Suami juga perlu melabur untuk kecantikan isteri. -Gambar hiasan AI

RAMAI beranggapan mereka sudah mengenali pasangan sepenuhnya selepas bertahun-tahun bercinta. 

Namun hakikatnya, fasa perkahwinan sering membuka sisi sebenar seseorang yang sebelum ini tidak pernah diketahui.

Menurut seorang lelaki, dia juga pernah melalui situasi sama ketika baru mendirikan rumah tangga dengan isterinya.

Sikap pengotor boleh menyebabkan pasangan kita hilang selera untuk bersama. -Gambar hiasan AI

Imbas lelaki itu, dia terkejut apabila mengetahui isterinya tidak mencukur bulu ketiak, malah ia dibiarkan tumbuh panjang seperti kebanyakan lelaki.

"Normal ke perempuan bulu ketiak lebat dan berbau tengik? Aku terkejut waktu awal perkahwinan sebab isteri aku macam tu.

"Masalahnya, bulu lagi lebat daripada aku yang lelaki ni. Tapi dia kata normal je. Lepas tiga tahun kahwin, aku anggap benda ni normal je la.

  • Seorang lelaki dedah sikap isterinya yang tidak suka mencukur bulu ketiak.
  • Dia terkejut kerana hanya mengetajui perkara itu selepas mereka berkahwin.
  • Dia juga mengadu tentang ketiak isterinya yang berbau tengik.
  • Lelaki itu mula terbiasa hal itu selepas tiga tahun mereka bersama.

"Cuma aku terkejut. Sepanjang membesar, aku tak pernah nampak kakak-kakak aku ada bulu ketiak," kongsinya di aplikasi Threads.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memberikan padangan masing-masing berhubung situasi itu.

"Berbulu tu normal bang, semua orang ada bulu. Tapi tak normal kalau biar lebat dan tak jaga. Paling tidak kena cukur setiap dua minggu supaya kemas dan bersih.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai licin mulus kulit dia” - Suami pelik isteri makin kerap bercukur, pasang badan ke pejabat... Mesej di ‘smart watch’ bongkar segalanya!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri usah curiga jika suami cukur bulu kemaluan sebelum ‘outstation’, rupanya ada kaitan dengan kematian

"Benda ni normal. Cuma mungkin keluarga awak jenis tak berbulu lebat. Jadi normal je kalau ketiak isteri berbulu lebat. Tapi dia kenalah rajin cukur.

"Bini awak pengotor dan malas jaga kebersihan. Perempuan normal akan buang bulu ketiak," tulis beberapa netizen.

Malah, ada netizen yang memberi saranan agar lelaki itu tidak bersikap kedekut dan membawa isterinya untuk melakukan rawatan membuang bulu di pusat kecantikan.

Artikel Lain