Golongan pendidik berdepan cabaran ekoran pelajar zaman sekarang yang semakin tiada adab. -Gambar hiasan AI
ADAB sopan merupakan antara perkara paling penting yang sering ditekankan kepada pelajar, terutamanya ketika berada di kawasan sekolah.Pada Isnin, seorang guru tampil meluahkan rasa terkilan dan kecewa selepas berdepan dengan situasi tidak disangka ketika menegur pelajarnya yang didakwa lancar mencarut di dalam surau. "Dia sebut babi dan perkataan kesat yang lain. Aku marahlah. Aku suruh dia cakap elok-elok. Aku juga pesan supaya jangan mencarut dalam surau.Ibu bapa perlu sentiasa mengingati anak agar menjaga tingkah laku dan tutur kata di sekolah. -Gambar hiasan AI"Ketika ditanya siapa yang ajar, tanpa rasa bersalah dia kata mak sendiri yang ajar mencarut. Aku dan budak-budak lain terus terdiam."Budak tu kata mak dia memang selalu maki-maki. Tanpa rasa malu dia kata hari-hari dia kena carut dengan mak," kongsi guru wanita itu menerusi Threads.Menerusi perkongsian yang sama, guru berkenaan turut menyelitkan pesanan ikhlas buat golongan ibu bapa agar sentiasa mengawal tutur kata dan mempamerkan teladan yang baik di hadapan anak-anak.Guru kongsi cerita tentang pelajarnya yang mencarut di dalam surau sekolah.Pelajar itu mengaku dia terpengaruh dengan ibunya yang suka mencarut di rumah.Guru itu tergamam mendengar jawapan pelajar berkenaan yang langsung tiada adab.Dia berpesan kepada ibu bapa agar menjaga turut kata ketika berbicara depan anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Biasanya budak-budak bercakap macam ni sebab dia belajar daripada orang sekeliling. Aku pesan dekat pelajar tu supaya jangan ikut cara emaknya bercakap."Jadi kepada ibu bapa, tolonglah jaga mulut. Jangan sebut bukan-bukan. Anak-anak belajar daripada kita tau. Jangan biasakan mencarut," ujarnya lagi.Di ruangan komen, ramai netizen turut menzahirkan kebimbangan terhadap golongan muda hari zaman sekarang yang semakin hilang adab.ARTIKEL BERKAITAN: Serang hendap dari belakang... Cikgu leka periksa buku latihan parah ditikam pelajar guna pemutar skru!ARTIKEL BERKAITAN: Murid gempal suka pura-pura pengsan, kawan sekelas mengadu berat nak angkat.... Buat ‘drama’ setiap kali tak siap kerja sekolah"Apabila mak ayah cakap tak elok depan anak-anak, mereka akan belajar dan tiru juga. Saya paling benci budak-budak yang cakap kasar."Sekarang mak maki hamun anak, nanti dah tua jangan marah anak kalau dia pula maki hamun maknya."Mesti banyak emotional abuse dia kena kalau mak pun suka mencarut," tulis beberapa netizen.