SEORANG pelajar didakwa menyerang gurunya menggunakan pemutar skru, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.Kejadian dilaporkan berlaku di Government Senior Secondary School yang terletak di Sirsa, India. Menurut pengetua sekolah, Pratap Chakravarty, ketika kejadian, guru berkenaan, Sunil Birat, sedang memeriksa buku latihan sebelum seorang pelajar datang dari arah belakang dan menikamnya beberapa kali pada bahagian leher menggunakan pemutar skru.Selepas melakukan serangan itu, pelajar terbabit dilaporkan melarikan diri dari kawasan sekolah. Identiti pelajar berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan.Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Kesihatan Komuniti Nathusari Chopta sebelum dirujuk ke Hospital Awam Sirsa kerana keadaannya yang kritikal.Sementara itu, Ketua Balai Polis Nathusari Chopta, Pradeep Kumar berkata, sepasukan anggota dihantar ke sekolah bagi menjalankan siasatan, memeriksa lokasi kejadian dan mengumpul bahan bukti.Bagaimanapun, katanya pihak polis masih belum dapat merakam keterangan guru berkenaan kerana mangsa sedang menerima rawatan.Siasatan awal mendapati pelajar tersebut dipercayai tidak berpuas hati dengan peraturan yang melarang pelajar membawa telefon bimbit ke dalam kawasan sekolah.Kes berkenaan kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa. -Agensi