suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal beri rawatan kecemasan, doktor digantung tugas selepas pesakit disangka alami ‘anxiety’ meninggal dunia

Doktor dan petugas perubatan memegang tanggungjawab besar untuk memastikan pesakit mendapat rawatan segera. -Gambar hiasan

SEORANG doktor digantung tugas sementara selepas seorang pesakit meninggal dunia beberapa jam sejurus mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan.

Tindakan itu diambil susulan dakwaan doktor berkenaan gagal mengesan simptom serangan jantung, sebaliknya mengaitkan keadaan pesakit dengan masalah kebimbangan sebelum membenarkannya pulang.

Insiden membabitkan Hospital San Camillo di Ban Pong, wilayah Ratchaburi itu menjadi perhatian ramai selepas isteri mangsa, seorang guru dikenali sebagai Sai, memuat naik video penuh emosi di media sosial bagi menuntut keadilan.

Menurut Sai, suaminya mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami kesakitan teruk bermula dari jari sehingga ke bahagian kiri dada, selain berpeluh dengan banyak.

Namun, beliau mendakwa doktor yang bertugas tidak melakukan pemeriksaan elektrokardiogram (ECG) untuk mengesan masalah jantung. 

Sebaliknya, simptom dialami suaminya dikatakan berpunca daripada kebimbangan (anxiety) sebelum dibenarkan pulang.

Malangnya, lelaki itu meninggal dunia pada hari sama sebelum menjelang tengah malam.

Hasil bedah siasat kemudian mendapati punca kematian adalah penyakit arteri koronari, dengan dua saluran arteri utama didapati tersumbat.

Kes berkenaan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen sehingga mendorong pihak hospital mengeluarkan kenyataan rasmi.

Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook rasmi hospital pada Jumaat, pihak pengurusan bersama doktor, jururawat dan kakitangan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga serta waris mangsa.

Hospital itu memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan dibangkitkan dan telah menubuhkan jawatankuasa terdiri daripada pakar berkaitan untuk meneliti semula semua rekod serta prosedur rawatan diberikan kepada pesakit.

Bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus dan bebas daripada sebarang konflik kepentingan, doktor yang merawat pesakit berkenaan turut digantung tugas sehingga siasatan selesai. -Agensi

Artikel Lain