suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jiran terhidu bau busuk, bapa baru keluar wad terkejut jumpa mayat anak hampir mereput di rumah

Hasil bedah siasat lazimnya dilakukan untuk menentukan punca kematian seseorang. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar paramedik berusia 20 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam biliknya, disyaki membunuh diri.

Mangsa dikenali sebagai Uday Gowda, berasal dari Marappanapalya, Bengaluru dan sedang mengikuti pengajian di Hospital KC General.

Menurut polis, kejadian itu terbongkar selepas jiran-jiran menyedari bau kurang menyenangkan datang dari rumah mangsa sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada ahli keluarganya.

Difahamkan, mangsa ketika itu tinggal bersendirian dan bapanya tiada di rumah selama beberapa hari kerana mendapatkan rawatan akibat mengalami masalah kesihatan.

Ketika bilik mangsa dibuka, mayatnya ditemukan dalam keadaan tergantung. 

Keadaan mayat yang sudah mereput menyebabkan pihak berkuasa percaya mangsa dipercayai telah meninggal dunia kira-kira tiga hari sebelum ditemui.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa memberitahu, pemuda itu tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi dan mereka tidak tahu apa yang boleh mendorongnya untuk membunuh diri.

Polis telah merampas telefon bimbit mangsa sebagai sebahagian daripada siasatan, dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Kerajaan Nelamangala untuk pemeriksaan bedah siasat.

Kes kini dalam siasatan lanjut pihak polis. -Agensi

Artikel Lain