Kes jenayah membabitkan kanak-kanak mengundang perhatian pihak berwajib terhadap aspek keselamatan dan perlindungan. -Gambar hiasan AI (kanan).
SEORANG bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah cuba membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dengan mengelar leher mangsa menggunakan pisau utiliti.Mahkamah Daerah Kagoshima, Jepun memutuskan Natsuki Sasayama, 23, turut mencederakan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia setahun dengan menghempas mangsa ke sebuah rak di sebuah pusat pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak di Bandar Minamikyushu pada Jun tahun lalu. Sepanjang perbicaraan, isu utama yang menjadi pertikaian ialah sama ada tertuduh mempunyai niat untuk membunuh mangsa.Dalam penghakimannya, hakim berkata Sasayama sedar tindakannya membawa risiko tinggi menyebabkan kematian kanak-kanak berkenaan.Hakim turut menyifatkan perbuatan itu sebagai 'sangat mementingkan diri sendiri' kerana tertuduh bertindak hanya disebabkan kanak-kanak tersebut didakwa tidak bersikap mesra dengannya.Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilaporkan terselamat daripada kejadian itu. -Agensi