SEORANG pengantin lelaki didakwa merogol seorang wanita di sebuah rumah pada malam majlis perkahwinannya sendiri.Zachary Prouty, 38, berdepan pertuduhan jenayah rogol, serangan seksual, selain beberapa dakwaan salah laku ringan. Menurut keterangan mangsa, dia berkunjung ke Gettysburg, Pennsylvania, Amerika Syarikat, pada Oktober tahun lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan Prouty dan pasangannya.Imbas mangsa, dia mengambil minuman beralkohol sepanjang malam itu sebelum menuju ke sebuah rumah.Selepas beberapa tetamu masuk tidur, dia mendakwa tinggal berdua bersama Prouty di ruang tamu.ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh mengaku tak bersalah rogol remaja umur 14 tahunProuty didakwa mencium mangsa tanpa persetujuannya walaupun wanita itu berulang kali meminta agar dia berhenti.Prouty kemudian didakwa sekali lagi mencium wanita itu sebelum mangsa hilang kesedaran dan tidak lagi mengingati apa yang berlaku.Mangsa memberitahu polis dia tersedar dalam keadaan bogel di sebuah bilik tidur.Menurut dokumen mahkamah, sampel DNA Prouty diambil melalui sapuan mulut (buccal swab) dan dihantar kepada Polis Negeri Pennsylvania untuk dianalisis.Keputusan ujian yang diterima pada Mac lalu mendapati DNA Prouty sepadan dengan sampel DNA yang diperoleh semasa pemeriksaan mangsa di hospital.Prosiding pendengaran awal kes dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos. -Agensi