SEORANG pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar pada Jumaat atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun 10 bulan di sebuah rumah di Jalan Tiong, Taman Kangar pada 17 Jun lalu.Muhammad Iman Hazriq Azizan, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM13,000 dengan seorang penjamin, tertakluk kepada syarat melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak menghubungi mangsa atau saksi pendakwaan sehingga kes selesai.Mahkamah menetapkan 14 Ogos depan untuk sebutan semula kes. Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad hadir bagi pihak pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — The Star.