suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang wanita, dua kanak-kanak maut dihanyutkan kepala air di Sungai Sedim

Tiga maut dalam tragedi kepala air di Sungai Sedim. -Foto Facebook

TIGA individu maut akibat lemas manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki terselamat selepas dihanyutkan arus deras akibat fenomena kepala air di Taman Eko Rimba Sungai Sedim dekat Kulim pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, mangsa yang maut terdiri daripada seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki, namun identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada pukul 2.38 petang.

"Insiden dipercayai berpunca daripada fenomena kepala air yang berlaku secara tiba-tiba, manakala siren amaran kecemasan di lokasi dilaporkan tidak berfungsi ketika kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dia berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kepala air di Kuala Kubu Bharu, 400 peserta perkhemahan terperangkap

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Penguasa Kanan Bomba II Mohammad Haiqal Izwan Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.27 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba digerakkan ke kawasan rekreasi Air Terjun Sungai Sedim selepas menerima laporan mengenai kejadian kepala air yang melibatkan beberapa mangsa.

"Berdasarkan maklumat awal, tiga mangsa iaitu seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki dihanyutkan arus deras di bahagian hulu kawasan bukit," katanya.

Dia berkata, anggota bomba menjalankan operasi pemantauan dan pencarian sebelum dimaklumkan oleh orang awam semua mangsa ditemui terapung di bahagian tengah kawasan bukit.

Pasukan bomba kemudian membawa keluar kesemua mangsa dari lokasi kejadian untuk tindakan lanjut. - The Star.

 

Artikel Lain