Mayat Nurjilya ditemukan dalam keadaan sudah mereput di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah sedang dalam pembinaan di Kampung Numbak.
DUA lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang mayatnya ditemukan di Kampung Numbak, Sepanggar, Sabah, pada Rabu.Perintah reman terhadap kedua-dua suspek yang merupakan warga tempatan dan seorang lagi warga asing, dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, bermula Jumaat hingga 24 Julai. Terdahulu, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 39 dan 42 tahun itu ditahan polis susulan penemuan mayat kanak-kanak, Nurjilya Abdullah, 10, yang dilaporkan hilang sejak 13 Julai lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Budak perempuan hilang ditemukan sudah mereput, dua lelaki ditahanKanak-kanak malang itu ditemukan dalam keadaan sudah mereput di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Numbak.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman pada Khamis berkata, hasil bedah siasat dijalankan pakar perubatan forensik mendapati punca kematian dipercayai daripada kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala disyaki akibat hentakan menggunakan objek keras dan tumpul.Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis sedang melengkapkan siasatan termasuk mendapatkan keterangan saksi-saksi serta bukti-bukti berkaitan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.