suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak perempuan hilang ditemukan sudah mereput, dua lelaki ditahan

Mayat mangsa dijumpai di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Numbak. -Foto ihsan pembaca

KANAK-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu dipercayai dibunuh apabila mayatnya ditemukan di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar, Sabah pada Rabu.

Mangsa, Nurjilya Abdullah, 10, ditemukan dalam keadaan sudah mereput sehingga wajahnya tidak lagi dapat dikenal pasti, sekali gus mengakhiri pencarian yang dijalankan sejak kehilangannya dilaporkan.

Susulan penemuan itu, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menahan dua lelaki masing-masing berusia 39 dan 42 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa pada pukul 10.38 malam sebelum sepasukan anggota bersama Unit Forensik bergegas ke lokasi.

"Hasil pemeriksaan awal di lokasi oleh pasukan forensik mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan sudah mereput. Pengecaman identiti kemudiannya dibuat oleh ibu mangsa berdasarkan pakaian yang dipakai oleh mangsa ketika dilaporkan hilang.

Nurjilya dilaporkan hilang sejak Isnin.

"Hasil bedah siasat dijalankan Pakar Perubatan Forensik mendapati punca kematian dipercayai daripada kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala yang disyaki akibat hentakan menggunakan objek keras dan tumpul," katanya dalam kenyataan pada Khamis malam.

Menurutnya, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis sedang melengkapkan siasatan termasuk mendapatkan keterangan saksi-saksi serta bukti-bukti berkaitan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Polis (ASP) La Paula Abd Muis di talian 013-5149490 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Untuk rekod, Nurjilya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Numbak Bakau, Sepanggar pada 13 Julai lalu sebelum Polis Daerah Kota Kinabalu mengeluarkan hebahan orang hilang bagi mengesannya.

Artikel Lain