suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktivis pasrah GL ibu ditolak, sedia ‘terminate’ polisi cecah RM800! Luahan akhirnya dapat perhatian syarikat insurans

Ramai mengambil insurans untuk mengelakkan bebanan kos perubatan tinggi di hospital. -Gambar hiasan AI

DALAM keadaan bimbang memikirkan kesihatan ibu dimasukkan ke hospital, seorang lelaki berdepan dugaan apabila permohonan Guarantee Letter (GL) daripada pihak insurans bagi mendapatkan rawatan didakwa ditolak.

Perkongsian itu dibuat pengasas badan amal bukan kerajaan dan aktivis kemanusiaan, Raja Shamri Raja Hussin atau lebih dikenali sebagai Abang Raja menerusi satu hantaran di media sosial pada Khamis.

Menurut Abang Raja, dia sudah membayar polisi insurans untuk ibunya sejak berbelas tahun lalu dengan komitmen mencecah RM800 sebulan. 

Sepanjang tempoh itu, katanya, ibunya hanya pernah dimasukkan ke wad sekali menggunakan insurans akibat demam dan sinus.

Namun, apabila ibunya mengalami sakit pinggang dan perlu mendapatkan rawatan di hospital, permohonan GL didakwa ditolak atas alasan disifatkannya tidak mempunyai kaitan dengan keadaan kesihatan ibunya.

"Tak apalah mak... berbelas tahun saya bayar insurans untuk mak. Tiba-tiba kali kedua mak masuk wad dalam tempoh berbelas tahun ini, GL kena reject atas alasan yang tak ada kaitan langsung.

"Saya bayar sendiri sajalah bil hospital. Duit Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji ada lagi sikit. Insya-Allah, yang penting mak dapat rawatan yang terbaik," tulisnya di Facebook.

Menurut Abang Raja lagi, bayaran insurans dibuat secara standing instruction (potongan automatik daripada akaun bank) setiap bulan tanpa gagal.

Malah, dia juga tidak membuat tuntutan bagi penyakit ringan seperti demam dialami ibunya sebelum ini kerana mahu menjadi pelanggan bertanggungjawab.

"Kita terminate sajalah polisi mak dengan insurans ini walaupun sepatutnya akan matang (tamat tempoh) lapan tahun lagi untuk mak (cecah usia) 80 tahun.

"Dinaikkan bayaran polisi dari RM300 ke RM800 sebulan pun kita teruskan tak komen apa-apa. Tapi kali ni baru kali kedua masuk wad kena reject GL.

"Nampak sangat mereka tak nak cover (tanggung kos rawatan) orang tua masuk hospital. Terasa seperti mereka create situasi agar kita terminate polisi," luahnya lagi.

Dia turut mempersoalkan tindakan itu kerana polisi tersebut masih belum mencapai tempoh matang, sedangkan had umur perlindungan ditetapkan sehingga 80 tahun.

Dalam hantaran itu, Abang Raja turut menandakan (tag) Bank Negara Malaysia supaya perkara berkenaan mendapat perhatian pihak berkaitan.

Bagaimanapun, sekitar pukul 2 petang selepas perkongsian tersebut dimuat naik, Abang Raja memaklumkan terdapat perkembangan positif apabila permohonan GL untuk ibunya akhirnya diluluskan.

Menurutnya, dia menerima mesej daripada pihak syarikat insurans memaklumkan pentadbir pihak ketiga menguruskan tuntutan dan kemasukan hospital sudah membuat semakan semula terhadap permohonannya.

"Saya dapat mesej dari syarikat insurans bagitahu pihaknya dah reviu balik dan dah luluskan GL mak. Mereka buat crosscheck semula katanya. Alhamdulillah," jelasnya.

Setakat ini, tiada kenyataan lanjut daripada pihak yang dinamakan berhubung dakwaan awal yang dikongsikan Abang Raja.

Artikel Lain