SEORANG pemuda berusia 21 tahun menerima pampasan melebihi RM452,000 selepas Mahkamah Tinggi memutuskan kemenangan berpihak kepadanya dalam kes saman kecuaian terhadap pihak sekolah.Muhammad Syakir Irfan Syed Ali memfailkan saman terhadap pihak sekolah kerana didakwa gagal menyediakan pengawasan yang munasabah ketika dia masih menuntut dalam Tingkatan Dua di SMK Chaah, Segamat, Johor. Muhammad Syakir, yang masih di bawah umur ketika kejadian pada 17 September 2019, memfailkan saman itu menerusi bapanya serta wakil litigasi, Syed Ali Syed Hussein.Kejadian tersebut menyebabkan dia mengalami kecederaan fizikal yang serius, termasuk kecederaan tembus teruk pada mata kiri, keretakan pada tempurung kepala serta pendarahan akut dalam otak.Kecederaan berat itu akhirnya meninggalkan kesan kecacatan klinikal kekal yang menjejaskan fungsi penglihatan serta sistem sarafnya sehingga kini.Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah guru aktiviti sekolah, Nur Badruzzanan Mohamad, pengetua sekolah Maziah Mohammad, Ketua Pengarah Pendidikan serta Kerajaan Malaysia.Insiden itu berlaku ketika kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berlangsung antara pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi di sekolah berkenaan.Berdasarkan fakta kes, Nur Badruzzanan bersama seorang lagi guru mengawasi pelajar selepas mereka diasingkan mengikut jantina.ARTIKEL BERKAITAN: Makin pulih selepas ditikam rakan sekolah sendiri, mangsa kes Banting dijangka discaj esokNur Badruzzanan kemudian mengambil peralatan sukan dari stor sebelum menjalankan aktiviti frisbee.Selepas aktiviti itu tamat, Muhammad Syakir Irfan mengambil raket badminton milik sekolah untuk bermain secara santai bersama seorang rakan sekelas.Bagaimanapun, ketika permainan berlangsung, batang besi raket badminton tersebut tercabut daripada pemegangnya lalu terkena mata kiri Muhammad Syakir Irfan.Hakim Mahkamah Tinggi, Kalyana Kumar, memutuskan keputusan sepenuhnya memihak kepada Muhammad Syakir Irfan selepas meneliti dan mempertimbangkan segala keterangan yang dikemukakan.Mahkamah membenarkan tuntutan itu dengan liabiliti 100 peratus selepas mendapati pihak defendan gagal menyediakan pengawasan yang mencukupi, munasabah dan berkesan.Menurut Hakim Kalyana Kumar, para pelajar berada di bawah jagaan, pemantauan dan kawalan operasi langsung guru-guru ketika kejadian berlaku. Mahkamah turut mengarahkan plaintif menerima RM400,000 sebagai ganti rugi am, RM12,809 sebagai ganti rugi khas serta RM40,000 bagi kos guaman. -The Star