PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat sudah tiba masanya Akta Perlindungan Guru digubal bagi melindungi golongan pendidik di negara ini.Menurut Asyraf, penggubalan akta itu munasabah kerana guru semakin terdedah kepada tindakan undang-undang, ancaman, dan tekanan ketika bertugas. "Sudah tiba masanya Akta Perlindungan Guru digubal bagi melindungi guru yang bertindak dengan suci hati (good faith), secara munasabah dan mengikut prosedur untuk mengawal disiplin, keselamatan pelajar."Akta Perlindungan Guru sering dibangkitkan kerana ramai berpendapat guru semakin terdedah kepada tindakan undang-undang, ancaman, dan tekanan ketika melaksanakan tugas mereka," ujarnya.Dia berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis pagi."Antara rasional utama termasuklah melindungi guru yang bertindak mengikut prosedur. Guru sering membuat keputusan serta-merta untuk mengawal disiplin, keselamatan atau kecemasan. ARTIKEL BERKAITAN: Batang raket ‘terbang’ tertusuk mata ketika kelas PJK… Bekas pelajar menang saman cuai RM452,000 terhadap sekolah"Jika tindakan dibuat mengikut undang-undang dan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mereka tidak seharusnya mudah dikenakan tindakan sivil atau jenayah semata-mata kerana tidak puas hati," ujarnya.Tambahnya, akta berkenaan juga berupaya mengurangkan budaya litigasi berikutan peningkatan kecenderungan membawa pertikaian sekolah ke mahkamah."Ramai guru berdepan tindakan undang-undang menggunakan kos sendiri. Akta boleh memperuntukkan bantuan guaman atau indemniti kerajaan bagi guru yang bertindak dalam ruang lingkup tugas rasmi."Jika guru sentiasa bimbang akan disaman, mereka mungkin menjadi terlalu berhati-hati sehingga enggan mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya. Ini boleh menjejaskan pengurusan sekolah dan pembentukan sahsiah murid," ujarnya lagi.