suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis Ulama Rohingya tiada kuasa urus perkahwinan di Malaysia! Jakim nafi beri tauliah

Tular gambar surat perakuan nikah yang memaparkan nombor rujukan Jakim.

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan bahawa pihaknya memberi kebenaran atau melantik Majlis Ulama Rohingya Malaysia untuk menguruskan serta mengeluarkan surat perakuan nikah.

Penjelasan itu dibuat susulan tular di media sosial gambar surat perakuan nikah yang didakwa dikeluarkan oleh Majlis Ulama Rohingya Malaysia dan memaparkan nombor rujukan Jakim.

Perkongsian tular tersebut mengundang persoalan dalam kalangan warga maya sama ada Jakim memberi tauliah atau pengiktirafan kepada pertubuhan berkenaan.

Dalam kenyataan pada Rabu, Jakim menjelaskan pihaknya mahupun Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) tidak pernah melantik mana-mana pertubuhan seperti yang dinyatakan untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan.

"Semakan mendapati dokumen tersebut bukan merupakan dokumen yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menggunakan dokumen berkenaan," katanya.

Sehubungan itu, Jakim menggesa orang ramai supaya sentiasa membuat semakan dengan pihaknya atau Jabatan Agama Islam Negeri sebelum mempercayai sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui kesahihannya.

Artikel Lain