SUAMI kepada wanita hamil yang dituduh mencuri ketika membeli-belah di sebuah cawangan pasar raya Lotus's di Selayang menegaskan akan meneruskan tindakan undang-undang sehingga individu yang terlibat bertanggungjawab sepenuhnya atas tuduhan melulu yang dilemparkan.Menerusi satu kenyataan di media sosial, lelaki itu meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan rasmi Lotus's Malaysia berhubung kontroversi berkenaan. Menurutnya, kenyataan itu kelihatan lebih kepada mahu mempertahankan kakitangan sendiri berbanding mengambil kira kesan emosi dan trauma yang dialami oleh isterinya."Selepas segala yang saya dan isteri lalui, ini sahaja kenyataan yang mampu anda keluarkan?"Apa yang mengecewakan, kenyataan ini lebih banyak meminta orang ramai berhenti mengkritik kakitangan anda berbanding menjelaskan bagaimana insiden yang begitu serius boleh berlaku sejak awal lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja tuduh wanita hamil mencuri kena tindakan tatatertib, Lotus's Malaysia mohon hormati harga diri, privasi staf terlibatARTIKEL BERKAITAN: “Akak simpan barang apa dalam perut?” - Suami berang juruwang tuduh isteri hamil 38 minggu mencuri, siap minta tunjuk buku pink!"Anda bercakap tentang melindungi kakitangan daripada gangguan dan kecaman di media sosial."Bagaimana pula dengan isteri saya yang sedang hamil 38 minggu dituduh mencuri secara terbuka tanpa sebarang bukti?" tulisnya.Lelaki tersebut juga turut membangkitkan isu kebocoran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan imej isterinya sehingga tersebar di media sosial."Mana kenyataan anda mengenai rakaman CCTV yang memaparkan imej isteri saya sehingga ia bocor dan tersebar di media sosial?"Rakaman CCTV dari dalam premis anda tidak mungkin muncul begitu sahaja di media sosial. Siapa yang membocorkannya? Adakah Lotus's sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab?"Adakah sebarang tindakan tatatertib telah diambil susulan kebocoran yang jelas melibatkan privasi pelanggan? Atau adakah privasi pelanggan hanya dianggap penting apabila melibatkan kakitangan anda?"Dalam kenyataan itu, anda memaklumkan bahawa siasatan dalaman telah selesai dijalankan. Jika benar, jawablah persoalan-persoalan ini dan bukannya terus mengelak," katanya. Dalam masa sama, beliau turut menyifatkan permohonan maaf yang dibuat tanpa disertakan penjelasan menyeluruh tidak lebih daripada sekadar damage control."Isu ini bukan lagi sekadar tuduhan mencuri yang tidak berasas. Ia melibatkan kecuaian, penghinaan terhadap maruah seseorang serta apa yang dilihat sebagai pelanggaran serius terhadap privasi pelanggan."Kami akan terus membawa perkara ini melalui setiap saluran undang-undang yang sewajarnya sehingga setiap individu yang bertanggungjawab dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. "Percayalah, anda semua akan menyesal," tulisnya lagi.Lotus's Malaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan terlibat dalam insiden berkenaan.Syarikat peruncitan itu berkata, pihaknya turut memperkukuh garis panduan, prosedur serta latihan bagi memastikan semua pekerja mengamalkan standard perkhidmatan ditetapkan dan mengelakkan kejadian sama berulang.Syarikat itu bagaimanapun melahirkan rasa kesal terhadap laporan gangguan peribadi serta ugutan dalam talian yang didakwa ditujukan kepada pekerja terlibat dan ahli keluarga mereka sepanjang isu berkenaan mendapat perhatian ramai.