suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak setuju isu Adun Lantikan, PH Melaka ‘angkat kaki’ keluar kerajaan negeri

PH Melaka akan berada di blok pembangkang di Sidang Dun pada Rabu.

PAKATAN Harapan (PH) Melaka mengesahkan akan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan mengambil tempat di blok pembangkang apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bersidang semula pada Rabu.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, keempat-empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP bersama Adun Bukit Katil daripada Amanah, Adly Zahari, akan secara rasmi berada di blok pembangkang.

Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan DUN Melaka meluluskan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 bagi membolehkan pelantikan Adun Lantikan pada Selasa.

“Keputusan ini tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri Johor atau usaha mendapatkan sokongan politik.

“Ia dibuat kerana pindaan tersebut bercanggah dengan prinsip demokrasi. Kami akan bergerak sendiri,” katanya.

Khoo berkata, Adly yang juga Pengerusi PH Melaka turut akan duduk di blok pembangkang.

Beliau turut mengesahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin, Timbalan Exco Low Chee Leong dan Leng Chau Yen serta Timbalan Speaker DUN Melaka, Kerk Chee Yee telah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, peletakan jawatan itu dibuat atas prinsip kerana wakil DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak wajar membantah usul yang dibawa kerajaan ketika masih memegang jawatan.

Khoo menegaskan DAP tidak menolak penglibatan golongan profesional dalam pentadbiran negeri, namun berpendapat mereka lebih sesuai dilantik sebagai penasihat berbanding menjadi Adun yang tidak dipilih rakyat.

Pada masa ini, PH mempunyai lima Adun di Melaka, manakala Barisan Nasional (BN) memiliki 21 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Terdahulu, pindaan Perlembagaan Negeri Melaka bagi membolehkan pelantikan Adun diluluskan di DUN dengan sokongan 23 wakil rakyat, manakala lima lagi mengundi untuk menentangnya. -The Star

Artikel Lain