suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wakil rakyat DAP ‘petik’ isu mansuh PTPTN... Anwar janji ajak MB Johor, menteri BN bincang

Perdana Menteri menjawab isu berkaitan pemansuhan pinjama PTPTN di Dewan Rakyat pada Selasa.

KERAJAAN akan membincangkan cadangan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas isu berkenaan dibangkitkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berhubung perkara itu.

"Saya akan cuba bincangkan PTPTN secara baik kerana Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada Barisan Nasional) juga sebahagian daripada kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan.

"Kita mahu bincangkan perkara ini dengan baik. Saya juga akan bincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong (PH) semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri berkaitan kesan penutupan Selat Hormuz terhadap ekonomi Malaysia.

Khoo daripada DAP turut membangkitkan isu golongan belia khususnya graduan universiti yang berdepan beban bayaran balik pinjaman PTPTN.

Beliau mendakwa isu pemansuhan PTPTN pernah digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk menyerang Pakatan Harapan (PH) ketika PRN Johor.

Katanya, Menteri Besar Johor sebelum ini mempersoalkan janji PH untuk memansuhkan PTPTN sedangkan Menteri Pendidikan Tinggi ketika ini daripada BN.

Dalam PRN Johor baru-baru ini, BN memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus meningkatkan majoriti berbanding PRN 2022.

PH pula mengalami penurunan jumlah kerusi daripada 12 kepada lapan.

Isu pemansuhan PTPTN bukan perkara baharu apabila gabungan terdahulu PH, iaitu Pakatan Rakyat, pernah menjanjikan pemansuhan pinjaman PTPTN dan pendidikan tinggi percuma dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2013.

PH kemudian beberapa kali menawarkan cadangan berkaitan PTPTN termasuk penghapusan atau penangguhan bayaran balik bagi peminjam golongan B40 serta mereka yang berpendapatan rendah pada PRU 2018 dan PRU 2022. -The Star

Artikel Lain