Tangkap layar video insiden memaparkan seorang lelaki didakwa mengasari ibunya dalam kejadian berhampiran Pejabat Zakat di Sungai Petani, Kedah.
TINDAKAN seorang lelaki yang tergamak mengasari wanita dipercayai ibunya di kawasan awam mengundang rasa hiba orang ramai, apatah lagi apabila warga emas itu hanya mampu memandang sayu tanpa sedikit pun melawan.Menerusi klip video tular yang dirakam seorang individu, kejadian tersebut berlaku berhampiran Pejabat Zakat di Sungai Petani, Kedah, pada pagi Rabu. Menurut individu berkenaan, dia pada mulanya menyangka lelaki berkenaan memarahi dan mengasari pasangannya, sebelum menyedari pertalian sebenar mereka yang dipercayai merupakan ibu dan anak."Ingatkan suami isteri.. tapi rasanya mak dengan anak. Biadabnya," tulis individu yang membuat perkongsian berkenaan.Melalui rakaman itu, kelihatan lelaki berkenaan bersama ibunya mahu beredar dari kawasan tersebut dengan menaiki sebuah motosikal, sebelum dia tiba-tiba dilihat memarahi dan menolak warga emas tersebut secara kasar.Lebih menyentuh hati, warga emas berkenaan langsung tidak membalas, sebaliknya hanya mampu memandang wajah anaknya dengan pandangan yang cukup sayu.ARTIKEL BERKAITAN: “Dia buat OT tanpa bincang” - Lelaki mengamuk di tempat kerja isteri cerita situasi sebenar, ada sebab nak marahIndividu itu berkata, kejadian tersebut berlaku dalam masa yang agak cepat dan dia tidak sempat untuk turun dari kereta untuk membantu warga emas itu.Bagaimanapun, individu berkenaan memaklumkan dia menghubungi pihak pejabat zakat bagi mendapatkan bantuan. "Pejabat zakat kata biar mereka yang ambil tindakan. Mereka dah ambil maklum. Nanti penolong amil akan pergi tengok depa (mereka). Mak dia orang kurang upaya (OKU) mental, lahir tahun 1968."Mereka datang bukan mengenai bantuan tapi untuk hantar quotation baik pulih rumah mak dia. "Pihak zakat ada datang dah rumah mak dia semalam. Laki ni dah kahwin, kerja security," jelasnya.Dalam pada itu individu tersebut juga mendakwa sudah membuat laporan polis tentang insiden yang disaksikannya itu.Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sedih dan geram selepas menonton rakaman berkenaan, selain berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan kebajikan warga emas itu terus terpelihara."Jangan tanya la kenapa hidup miskin seumur hidup nanti."Mangkuk punya anak... elok sumpah jadi batu je," demikian antara komen netizen.