suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murid Tahun 1 maut dilanggar bas sekolah, polis dedah kronologi menyayat hati

Kejadian dilapor berlaku pada pukul 4.20 petang Rabu.

SEORANG murid lelaki tahun satu maut selepas dipercayai dilanggar sebuah bas sekolah di Taman Sri Lalang di Kluang, Johor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata dalam kejadian pukul 4.20 petang itu, mangsa berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

"Siasatan awal mendapati bas sekolah jenis Hino dipandu wanita tempatan berusia 36 tahun sebelum itu menurunkan mangsa di Jalan Bunga Raya.

"Sebaik menurunkan mangsa, pemandunya mahu membelok ke Jalan Bunga Raya 3 sebelum melanggar murid terbabit yang ketika itu berada di sebelah kiri jalan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, murid terbabit jatuh atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya menasihatkan pemandu bas sekolah memastikan keselamatan murid  sekolah yang menaiki bas sekolah mereka sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Artikel Lain