Mayat Nasrulhaq ditemui orang awam dalam ladang kelapa sawit di Kilometer 8.2, Jalan Kluang–Kota Tinggi berhampiran motosikal Yamaha 135LC yang ditungganginya. -Foto PDRM
PENANTIAN sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila anak lelaki mereka yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 8.2, Jalan Kluang–Kota Tinggi, awal pagi Jumaat.Mayat Muhammad Nasrulhaq Kamaruzaman, 15, ditemui orang awam kira-kira pukul 2.30 pagi berhampiran motosikal Yamaha 135LC yang ditungganginya. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terbabit dalam kemalangan selepas motosikal ditungganginya terbabas sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Budak perempuan hilang ditemukan sudah mereput, dua lelaki ditahan"Dalam kemalangan tersebut, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan parah pada badan dan kaki serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mayat mangsa dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Terdahulu, media melaporkan keluarga Muhammad Nasrulhaq meminta bantuan orang ramai untuk mengesan remaja berkenaan yang dilaporkan hilang sebaik keluar dari rumahnya di Felda Simpang Waha pada Sabtu lalu.Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya di Kampung Temenin Baru.Mangsa kali terakhir dapat dihubungi rakannya menerusi panggilan video pada pukul 4.26 pagi, Ahad, namun rakanya sempat merakam detik di mana telefon bimbit remaja tersebut kelihatan seperti terjatuh.