suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dendam cinta ditolak, lelaki serang bekas tunang sampai kritikal… Ibu mangsa maut ketika cuba selamatkan anak

Kesalahan berat menanti pesalah kes bunuh. -Gambar hiasan

HANYA kerana tidak dapat menerima kenyataan cinta ditolak, seorang lelaki tergamak bertindak luar kawalan sehingga menyebabkan bekas tunangnya cedera parah, manakala bakal ibu mentuanya maut dalam kejadian tragis tersebut.

Suspek yang berusia 32 tahun itu didakwa menceroboh masuk ke dalam rumah keluarga mangsa yang baru berusia 21 tahun sebelum bertindak menyerang wanita berkenaan.

Ketika serangan berlaku, ibu mangsa cuba melindungi anak perempuannya namun dia akhirnya maut selepas diserang oleh suspek menggunakan senjata tajam.

Manakala, bekas tunangnya pula mengalami kecederaan serius dan kini menerima rawatan di hospital.

Menurut pihak polis, pasangan yang sebenarnya masih mempunyai hubungan kekeluargaan ini sebelum itu dilaporkan telah mengikat tali pertunangan sejak beberapa bulan yang lalu.

Bagaimanapun, wanita iti kemudian dikatakan enggan meneruskan perkahwinan itu kerana perbezaan usia antara mereka.

Kejadian dilaporkan berlaku di Virudhunagar, Tamil Nadu di India.

Susulan keputusan tersebut, keluarga wanita dikenali sebagai Varsha memutuskan hubungan komunikasi dengan suspek, Yuvaraj.

Ketua Polis Virudhunagar, Gautham Goyal berkata, tindakan suspek dipercayai berpunca daripada rasa kecewa selepas cintanya ditolak mangsa.

"Pertunangan antara Varsha dan Yuvaraj telah ditetapkan. Namun, Varsha enggan berkahwin kerana perbezaan usia. Keluarganya kemudian memutuskan komunikasi dengannya.

"Yuvaraj menyerang Varsha yang kini dalam keadaan kritikal. Ibunya cuba melindungi anaknya sebelum maut dalam serangan itu," katanya.

Suspek kini sudah ditahan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -Agensi

Artikel Lain