suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Rider p-hailing tergamam kena hantar roti untuk 3 ekor lembu! Rupanya ada wanita pemurah buat tempahan

Seorang penghantar makanan terkejut selepas mengetahui pesanan yang dihantar adalah untuk lembu.

SEBUT sahaja tentang tugas penghantar makanan (p-hailing), pelbagai ragam dan permintaan unik pelanggan terpaksa mereka hadapi setiap hari.

Namun berbeza pula dengan kisah seorang rider ini yang terkejut besar apabila mendapat tahu pesanan roti yang dihantarnya rupa-rupanya ditempah khas untuk dijamu kepada tiga ekor lembu.

Pesanan luar biasa itu rupa-rupanya dibuat oleh seorang wanita yang ketika itu tidak sempat untuk menyediakan hidangan harian kepada haiwan berkenaan. 

Menerusi video tular di media sosial, wanita itu memaklumkan bahawa dia sememangnya sudah terbiasa menyediakan tiga keping roti tambahan setiap hari sebagai makanan rutin untuk diberi kepada haiwan berkenaan.

Namun pada hari kejadian, dia mempunyai urusan luar yang tidak dapat dielakkan, sekali gus mendorongnya mengambil keputusan pantas untuk memesan sahaja roti berkenaan menerusi aplikasi penghantaran.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah lokasi di India [Tonton Video].

Sebaik sahaja tiba di lokasi yang ditetapkan, rider berkenaan pada mulanya keliru dan tergamam apabila menyedari pesanan makanan tersebut bukanlah untuk dinikmati oleh pelanggan manusia, sebaliknya khusus untuk diberikan kepada lembu.

Apa yang lebih menyentuh hati, sebaik sahaja mengetahui niat murni wanita itu, penghantar makanan berkenaan terus menolak bayaran yang mahu diberikan.

Sebaliknya, dia dengan penuh ikhlas menyatakan hasrat untuk menanggung sendiri kos pesanan tersebut sebagai tanda kasih sayangnya terhadap haiwan.

Menerusi rakaman tular itu, rider tersebut dilihat tersenyum gembira sambil menyuap roti ke mulut lembu-lembu berkenaan selain sempat meluangkan masa membelai haiwan berkenaan dengan penuh kasih sayang. -Agensi

Artikel Lain