suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nenek 65 tahun kantoi cuba ‘jampi’ kerusi hakim… Sempat menyelinap masuk tabur biji sawi putih!

Ritual ilmu hitam salah disisi agama. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita warga emas ditahan pihak polis selepas didakwa kantoi melakukan ritual ilmu hitam di dalam sebuah bilik mahkamah.

Menurut pihak polis, suspek yang berusia 65 tahun itu menceroboh masuk ke dalam bilik hakim di sebuah mahkamah majistret sebelum menaburkan biji sawi putih pada kerusi hakim.

Tindakan aneh itu dipercayai sebahagian daripada ritual mistik yang dilakukannya.

Perbuatan tersebut akhirnya terbongkar menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman yang diambil dua hari sebelum kejadian jelas menunjukkan wanita berkenaan menyelinap masuk ke dalam bilik mahkamah untuk menjayakan ritualnya.

Kejadian pelik ini dilaporkan berlaku di Chikkaballapur, Karnataka, India pada Isnin.

Susulan laporan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Pentadbiran mahkamah, pihak polis segera membuka kertas siasatan dan berjaya menahan wanita yang dikenali sebagai Manjula itu.

Polis memaklumkan, kes ini sedang disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pembasmian Amalan Jahat Tidak Berperikemanusiaan dan Ilmu Hitam Karnataka 2017.

Mahkamah kemudiannya mengeluarkan perintah reman selama 14 hari ke atas wanita itu bagi membantu siasatan lanjut.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa siasatan masih lagi dijalankan secara mendalam bagi mengenal pasti apakah motif sebenar di sebalik tindakan luar biasa wanita berkenaan. -Agensi

Artikel Lain