suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pergaduhan berakhir tragedi, lelaki maut isteri pukul guna telefon bimbit

Tindakan ganas dan luar kawalan ketika bertengkar boleh meragut nyawa. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai dipukul di kepala menggunakan telefon bimbit oleh isterinya dalam satu pertengkaran pada Sabtu.

Kejadian tersebut berlaku selepas pasangan suami isteri itu dikatakan terlibat dalam pertelingkahan di kediaman mereka di daerah Bolangir, Odisha, India.

Menurut laporan awal, ketika pertengkaran berlaku, si isteri didakwa bertindak memukul kepala suaminya menggunakan telefon bimbit sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Ibu Pejabat Daerah (DHH) Bolangir untuk menerima rawatan.

Difahamkan, keadaan lelaki itu menunjukkan tanda-tanda pemulihan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Bagaimanapun, tidak lama selepas tiba di rumah, kesihatannya merosot secara tiba-tiba menyebabkan ahli keluarga segera membawanya semula ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Namun, segala usaha menyelamatkan mangsa gagal dan dia disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta kronologi insiden tersebut.

Pihak berkuasa juga sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai punca kematian.

Polis memaklumkan tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan. -Agensi

 

Artikel Lain