SEORANG wanita bertindak berani menampar seorang lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya ketika berada di dalam sebuah bas penumpang pada Sabtu.Perbuatan tidak senonoh suspek itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum videonya tular di media sosial dan mengundang kemarahan ramai. Insiden berkenaan dilaporkan berlaku di hentian bas Deori, Madhya Pradesh, India.Menurut laporan, suspek menghampiri seorang daripada dua wanita terbabit yang sedang duduk di dalam bas sebelum berdiri terlalu rapat dengannya.Rakaman CCTV turut memaparkan suspek membuka zip seluarnya dan cuba menunjukkan kemaluannya walaupun terdapat penumpang lain di dalam bas.Malah, suspek turut didakwa cuba menyentuh bahu mangsa menggunakan kemaluannya sebelum wanita berkenaan segera bangun lalu menamparnya beberapa kali.Selepas berdepan tindakan mangsa, suspek terus turun dari bas dan melarikan diri, meninggalkan penumpang lain yang terkejut dengan kejadian tersebut.Susulan penularan rakaman CCTV berkenaan, polis Deori berjaya mengenal pasti dan menahan suspek.Bagaimanapun, sehingga kini tiada Laporan Maklumat Pertama (FIR) dibuka kerana mangsa masih belum membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa. -Agensi