suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beri alasan nak tumpang tandas, rider p-hailing buat perangai jijik tayang ‘burung’ depan pelanggan!

Suspek bertindak melarikan diri selepas mangsa merakam perbuatannya.

TINDAKAN berani seorang pekerja p-hailing menceroboh masuk ke rumah pelanggan wanita membawa padah apabila dia ditahan polis selepas didakwa tergamak menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Menurut laporan, wanita berkenaan mendakwa lelaki itu datang ke rumahnya untuk menghantar bungkusan sebelum meminta izin menggunakan tandas.

Merasa tidak sedap hati, mangsa berkata dia beberapa kali menolak permintaan tersebut secara baik dan meminta lelaki itu menggunakan tandas jiran lelaki lain.

Ini kerana dia sama sekali tidak membenarkan orang asing masuk ke dalam rumah.

Bagaimanapun, lelaki terbabit didakwa menanggalkan kasut dan masuk secara paksa tanpa kebenaran dalam kejadian di Bengaluru, India pada Sabtu. 

Suasana menjadi semakin menyeramkan apabila suspek yang baru keluar dari tandas bertindak melampaui batas dengan menunjukkan kemaluannya secara terang-terangan kepada wanita itu.

Wanita tersebut kemudian berkongsi kejadian berkenaan di media sosial sebelum polis Bengaluru mengambil tindakan selepas menerima aduan.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Vijay Mallikarjun Kamat telah ditahan, manakala kes didaftarkan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 75, 79 dan 329(2) di bawah Bharatiya Nyaya Sanhita (BNS).

Syarikat penghantaran berkaitan, Flipkart, turut mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sudah menamatkan perkhidmatan ejen berkenaan serta akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan.

Syarikat itu menegaskan keselamatan pelanggan adalah keutamaan dan setiap ejen penghantaran perlu menjalani pemeriksaan latar belakang serta latihan sebelum dilantik. -Agensi

Artikel Lain