suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya nak jahit luka jatuh bermain... Pasangan suami isteri terduduk anak tunggal maut lepas diberi ubat bius

Kes kematian melibatkan anak kecil sememangnya meninggalkan kesan mendalam buat ibu bapa. -Gambar hiasan

SEORANG bayi lelaki berusia 18 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri sebaik selesai menjalani prosedur menjahit luka pada bibirnya.

Mangsa, Devansh Shaurya, yang merupakan anak tunggal kepada pasangan T Suraj dan Vijisha dari Kannur, Kerala, India mengalami kecederaan pada bibir selepas terjatuh ketika bermain di luar rumah pada 5 Julai lalu.

Dia kemudian dibawa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Memorial Bayi di Payyanur.

Ketika berada di hospital berkenaan, doktor memutuskan untuk menjahit luka pada bibir mangsa.

Justeru dia diberikan ubat bius bertujuan mengurangkan rasa sakit sepanjang prosedur berlangsung.

Bagaimanapun, keadaan bertukar cemas apabila bayi berkenaan dilaporkan langsung tidak sedarkan diri selepas prosedur itu selesai, sebelum dia terpaksa dipindahkan ke sebuah hospital lain di Kannur bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Namun, takdir menentukan segalanya apabila usaha untuk menyelamatkan nyawa anak kecil itu gagal dan dia disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian tragis itu, keluarga mangsa yang mendakwa terdapat unsur kecuaian pihak doktor ketika mengendalikan prosedur berkenaan bertindak mengemukakan laporan kepada pihak berkuasa.

Bertindak atas laporan, doktor terbabit kini didakwa atas perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan seseorang.

Sementara itu, pihak Hospital Memorial Bayi di Payyanur menafikan dakwaan berlakunya kecuaian perubatan.

Dalam satu kenyataan, pihak hospital menjelaskan bayi tersebut mengalami serangan jantung secara tiba-tiba selepas diberikan ubat bius.

Tambahnya, mangsa segera diberikan bantuan menggunakan mesin pernafasan sebelum dipindahkan ke hospital di Kannur untuk rawatan kritikal.

Pihak hospital turut memaklumkan bahawa komplikasi boleh berlaku selepas pemberian ubat bius walaupun dos yang diberikan adalah sesuai dan semua prosedur rawatan telah dipatuhi.

Kes ini sedang dalam siasatan pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain

BN menang besar PRN Johor