SEORANG wanita berusia 53 tahun meninggal dunia selepas dipercayai dicekik dalam satu pergaduhan yang berpunca daripada insiden terpijak kaki di sebuah hentian bas mini.Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.31 malam Selasa lalu, di luar Wah Chui House, Wah Fu (II) Estate di Aberdeen, Hong Kong. Menurut polis, mangsa yang dikenali sebagai Fung ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan di kepala.Mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Mary, namun disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.Seorang wanita berusia 50 tahun yang dikenali sebagai Tien telah ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan membunuh.Menurut laporan media tempatan, insiden pergaduhan tercetus ketika kedua-dua wanita berkenaan menaiki sebuah bas mini di Aberdeen Centre.Fung dipercayai tidak sengaja terpijak kaki Tien ketika menaiki bas, menyebabkan mereka bertengkar.Dalam pertengkaran itu, Fung didakwa sekali lagi menyepak kaki Tien dengan sengaja.Apabila bas tiba di Wah Fu Estate, pergaduhan menjadi semakin serius.Tien didakwa menolak Fung hingga terjatuh sebelum menindih mangsa dan mencekik lehernya selama beberapa minit.Penumpang lain segera menghubungi pihak berkuasa selepas mendapati Fung tidak memberi sebarang tindak balas.Polis berkata, kedua-dua wanita itu tidak mengenali antara satu sama lain sebelum kejadian berlaku.Bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa, manakala siasatan lanjut masih diteruskan. -Agensi