suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tolong bantu saya” - Wanita berpelitup muka serah nota kecil kepada pekedai, rupanya ‘bisu’ lepas bibir dijahit rakan serumah!

Seorang wanita ketakutan selepas bibirnya dijahit rakan serumah. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita ditahan polis selepas didakwa tergamak bertindak kejam menjahit bibir rakan serumahnya menggunakan jarum dan benang dalam kejadian yang sangat mengejutkan pada 29 Jun lalu.

Menurut polis, suspek yang berusia 49 tahun itu bekerja secara sambilan dan didakwa melakukan serangan terhadap seorang wanita berusia 42 tahun yang tinggal bersamanya.

Kejadian yang menyayat hati itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Suspek bertindak menjahit bahagian bibir atas dan bawah mangsa sehingga menyebabkan wanita malang tersebut langsung tidak mampu untuk bercakap.

Difahamkan, kedua-dua wanita berkenaan sudah tinggal bersama di sebuah kawasan perumahan di Koga, Jepun, sejak April 2025.

Pada keesokan harinya, mangsa yang memakai pelitup muka putih bergegas ke sebuah kedai berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Disebabkan tidak dapat bercakap, dia menyerahkan sekeping kertas kepada pekerja kedai yang tertulis, "tolong bantu saya".

Polis berkata mangsa memaklumkan dia takut terhadap suspek yang dikenali sebagai Masae Sakurai sehingga tidak mampu melarikan diri dengan segera.

Pihak berkuasa kini turut menyoal beberapa individu lain yang dipercayai turut tinggal di rumah berkenaan bagi membantu siasatan. -Agensi

Artikel Lain