suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta mewah Lamborghini jadi sasaran... Influencer maut ditembak, 2 lagi rakan cedera parah

Johnson atau Dreamdoll Brii maut dalam serangan pada awal pagi Ahad.

SEORANG pempengaruh maut, manakala dua lelaki cedera selepas kereta Lamborghini yang dinaiki mereka ditembak dalam satu kejadian awal pagi Ahad.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Briann Johnson, 21, atau lebih popular dengan gelaran Dreamdoll Brii dalam kalangan pengikut di media sosial.

Kejadian itu berlaku di kawasan persimpangan Southwest 27th Court dan Sunrise Boulevard di Miramar, Florida, Amerika Syarikat.

Siasatan awal mendapati mereka menaiki sebuah kereta menuju ke Sunshine Boulevard sebelum menghampiri satu persimpangan.

Ketika itu, sebuah kereta sedan berwarna putih menghampiri di sebelah pemandu sebelum melepaskan beberapa das tembakann mengenai ketiga-tiga mangsa di dalam kenderaan tersebut.

Rakaman CCTV menunjukkan Lamborghini itu terus bergerak melintasi persimpangan sebelum terbabas dan merempuh sebuah rumah di seberang jalan.

Johnson disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi mangsa dikejarkan ke Hospital Wilayah Miramar dalam keadaan kritikal.

Identiti dua lelaki yang cedera tidak didedahkan pihak berkuasa.

Susulan kejadian itu, ribuan pengguna media sosial membanjiri akaun TikTok pempengaruh berkenaan dengan dengan ucapan takziah dan doa.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih lagi menyiasat punca kes berkenaan. -Agensi.

Artikel Lain