SEORANG atlet remaja maut selepas diserang dengan senjata tajam, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham selepas satu perlawanan bola sepak.Mangsa berusia 17 tahun dilaporkan diserang tiga lelaki yang dipercayai menyimpan dendam selepas pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Menurut laporan, suspek memanggil mangsa yang dikenali sebagai Prosenjit Biswas ke satu lokasi selepas tamat perlawanan sebelum menyerangnya menggunakan senjata tajam dan mengelar leher mangsa.Mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Baruipur Sub-divisional Hospital di India, namun disahkan meninggal dunia ketika tiba.Polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.Insiden berkenaan mencetuskan kemarahan penduduk setempat yang berhimpun dan menyekat jalan di hadapan hospital bagi menuntut keadilan.Keadaan menjadi tegang apabila suspek yang ditahan dibawa ke hospital dan didakwa cuba bersembunyi di bawah katil bagi mengelak berdepan kemarahan orang ramai.Polis kini menjalankan siasatan dan percaya pembunuhan itu mungkin berpunca daripada permusuhan lama berkaitan perlawanan bola sepak. -Agensi