SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun didakwa mengurung seorang guru di dalam bilik darjah sebelum menyerangnya dengan pisau, menurut mahkamah.Guru berkenaan, Vicki Williams, menerusi rakaman temu bual bersama polis yang dimainkan di mahkamah pada Isnin berkata mata pelajar itu "dipenuhi kemarahan membara". Juri mahkamah turut diberitahu pelajar itu didakwa menikam kepala guru berkenaan secara berterusan dalam kejadian pada 5 Februari lalu.Pendakwa, Christopher Rees KC, berkata serangan yang dilakukan oleh remaja berkenaan berisiko menyebabkan Williams terbunuh."Remaja itu dengan sengaja menikam kepala Williams dan meneruskan serangan. Pihak pendakwaan berpendapat dia berniat membunuh Williams," katanya kepada juri.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tikam guru kerana dilarang duduki peperiksaan, ponteng kelas nak tolong mak ayah jual nasi gorengSelepas menyerang guru sejarah itu, dia berjaya melarikan diri, namun ditahan polis di rumah seorang ahli keluarganya tidak lama kemudian.Williams dibawa ke sebuah hospital dan disahkan mengalami kecederaan kulit kepala, belakang badan dan tangan.Remaja itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba membunuh guru berkenaan.Perbicaraan kes itu masih diteruskan bagi membolehkan juri mendengar keterangan daripada pihak pendakwaan serta pembelaan.Kejadian serangan itu berlaku di sebuah sekolah di Milford Haven, Pembrokeshire, United Kingdom. -Agensi.