suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak peniaga kain diculik, jadi sasaran suka pamer gaya hidup mewah di media sosial

Kebanyakan kes penculikan bermotifkan wang atau dendam. -Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki berusia 19 tahun didakwa menjadi mangsa penculikan selepas tiga suspek menyasarkan dirinya berdasarkan perkongsian di media sosial yang memaparkan gaya hidup mewah.

Kejadian berlaku di daerah Panna, Madhya Pradesh, India, membabitkan mangsa dikenali sebagai Kanha Dengre, anak kepada seorang peniaga kain.

Menurut polis, mangsa diculik pada 27 Jun sebelum penculik menghubungi keluarganya dan menuntut wang tebusan sebanyak 1 juta rupee (kira-kira RM42,827).

Bimbang dengan keselamatan anak mereka, keluarga mangsa memindahkan 148,000 rupee (kira-kira RM6,338) ke dalam akaun bank suspek sebelum membuat laporan polis.

Bagaimanapun, tindakan pantas pihak berkuasa berjaya membekukan akaun berkenaan, sekali gus menghalang suspek daripada mengeluarkan wang tersebut.

Mangsa kemudian berjaya diselamatkan hasil operasi polis dan menahan tiga suspek.

Pihak berkuasa turut merampas sepucuk pistol, dua senjata api buatan sendiri serta dua motosikal yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Selepas ditahan, ketiga-tiga suspek dibawa berjalan kaki di sekitar jalan utama bandar oleh polis sebagai amaran kepada penjenayah lain serta bagi memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap tindakan tegas pihak berkuasa.

Mereka kemudian dihadapkan ke mahkamah sebelum diperintahkan menjalani tahanan reman bagi membantu siasatan. -Agensi 

 

Artikel Lain