NIAT seorang wanita untuk menyelamatkan suaminya daripada dipatuk ular tedung berakhir dengan tragedi apabila dia sendiri turut mengalami keracunan selepas cuba menyedut bisa ular tersebut menggunakan mulut.Dalam kejadian dilaporkan 29 Jun lalu itu suaminya dipatuk ketika bekerja di kawasan sawah sebelum mula mengalami simptom seperti tangan bengkak, pening dan lemah. Panik melihat keadaan suaminya yang semakin teruk, wanita berkenaan bertindak nekad cuba mengeluarkan racun dengan cara menyedut luka gigitan itu menggunakan mulut tanpa sebarang perlindungan.Bagaimanapun, tindakan berkenaan membawa padah apabila kedua-dua pasangan itu akhirnya dimasukkan ke hospital selepas masing-masing menunjukkan tanda-tanda keracunan.Kejadian dilaporkan berlaku di Yunnan, China.Wanita tersebut dilaporkan mengalami kebas pada mulut, lidah, muka serta anggota badan, manakala keadaan suaminya turut memerlukan rawatan segera.Kedua-duanya kemudian diberikan rawatan antivenom sebelum keadaan mereka dilaporkan stabil beberapa hari selepas itu.Pihak perubatan menjelaskan kaedah menyedut bisa ular adalah tidak selamat kerana toksin boleh memasuki aliran darah manusia dengan cepat melalui rongga mulut.Doktor turut menegaskan mangsa gigitan ular perlu segera dibawa ke hospital untuk rawatan profesional dan tidak bergantung kepada kaedah tradisional atau yang tidak terbukti berkesan.Pasangan itu kini dilaporkan sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas keadaan mereka kembali stabil.-Agensi