suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat bulan tahan sabar, penganggur diberkas buat 20,000 panggilan senyap ke balai polis

Membuat panggilan palsu merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki ditahan selepas didakwa mengganggu operasi polis dengan membuat kira-kira 20,000 panggilan telefon senyap ke sebuah balai polis dalam tempoh lebih empat bulan.

Menurut pihak berkuasa, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai melakukan panggilan berulang ke balai polis antara 12 Disember tahun lalu hingga 30 April tahun ini.

Difahamkan, lelaki tidak bekerja itu membuat sehingga 800 panggilan sehari, dengan majoritinya merupakan panggilan senyap tanpa sebarang percakapan. 

Kejadian itu membabitkan Balai Polis Akita-Higashi di Akita City di Honshu, Jepun.

Dalam beberapa kejadian, suspek dikenal pasti sebagai Shuntaro Tashiro turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang menjawab panggilan.

Pihak polis memaklumkan tindakan tersebut disifatkan sebagai mengganggu operasi tugas harian anggota keselamatan, sekali gus menjejaskan kecekapan balai berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada sebarang pertikaian atau konflik antara suspek dan pihak balai polis sebelum ini.

Suspek kini disiasat atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam melalui gangguan berterusan.-Agensi

Artikel Lain