suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru didakwa cabul 2 murid perempuan digantung tugas, sekolah pula diarahkan tutup

Amang seksual terhadap pelajar bawah umur adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG guru sekolah didakwa mencabul dua murid perempuan bawah umur yang merupakan pelajarnya sendiri dalam kejadian Rabu lalu.

Kejadian melibatkan mangsa yang masing-masing belajar di tahun satu dan tahun dua itu dilaporkan berlaku di sebuah sekolah rendah kerajaan di Uttar Pradesh, India.

Pegawai Pendidikan Daerah, Mukul Anand Pandey berkata, tindakan terhadap guru terbabit diambil susulan aduan dibuat penduduk kampung berhubung perlakuannya terhadap mangsa.

Menurutnya, pihak berkuasa telah merakam keterangan mangsa serta beberapa murid lain, sebelum siasatan awal mendapati dakwaan dikemukakan mempunyai asas.

Katanya, tindakan suspek didakwa melanggar kod etika penjawat awam selain tidak mencerminkan keperibadian seorang pendidik.

Akibatnya, guru berkenaan digantung tugas sementara menunggu siasatan lanjut.

Mukul berkata, sekolah tempat suspek bertugas turut diarahkan ditutup atas arahan Pegawai Pendidikan Blok. -Agensi

Artikel Lain