Suspek (kanan) mengaku bersalah selepas hasil autopsi ke atas mayat mendedahkan wujud kesan kecederaan akibat dipukul.
SEORANG wanita yang sebelum ini disangka meninggal dunia akibat terjatuh di bilik air, rupa-rupanya maut dibunuh kejam kakak kandungnya sendiri selepas suspek mengaku melakukan perbuatan itu pada Rabu.Siasatan terbaharu polis mendapati motif pembunuhan berpunca daripada rasa marah suspek selepas mendakwa kira-kira satu kilogram pes (sambal) pecel miliknya dihabiskan mangsa yang merupakan wanita kurang upaya (OKU) intelektual. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Jombang, AKP Magribi Agung Saputra, suspek dikenali sebagai Suparni, 61, mengaku melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kematian adiknya, Choiriyah, 47.Kejadian tersebut berlaku pada 12 Jun lalu di Jombang, Indonesia.Bagaimanapun, timbul keraguan mendalam ahli keluarga terhadap punca sebenar kematian.Situasi itu mendorong pihak berkuasa menggali semula kubur mangsa untuk menjalankan proses bedah siasat pada 14 Jun lalu.Hasil autopsi mendapati terdapat kesan kecederaan akibat dipukul pada beberapa bahagian badan, sekali gus membawa kepada penahanan Suparni sebagai suspek utama pada 16 Jun.Pada hari kejadian, Suparni yang bekerja sebagai tukang masak dikatakan mahu menyediakan hidangan pecal untuk mereka berdua di rumah sewa.Namun, dia 'naik angin' sebaik mendapati pes pecal yang disimpan sudah habis dimakan mangsa.Suspek kemudian dipercayai memukul mangsa menggunakan tangan, batang penyapu sehingga patah dan alat batu giling.Tidak cukup dengan kekejaman itu, suspek turut menghentak kepala mangsa ke dinding sebelum menenggelamkannya ke dalam kolam bilik air.Selepas mangsa tidak lagi bernyawa, suspek menjerit meminta bantuan dan mendakwa adiknya meninggal dunia akibat terjatuh di bilik air bagi mengaburi mata jiran.Polis turut mendedahkan suspek sebelum ini sering melakukan kekerasan terhadap mangsa kerana berasa terganggu dengan tingkah laku adiknya.Mangsa dilaporkan baru kira-kira dua minggu tinggal bersama kakaknya di rumah sewa tersebut.Suparni bekerja sebagai tukang masak, manakala mangsa tidak mempunyai pekerjaan. -Agensi